Loading...

Kerajaan Bakal Lantik Syarikat Pengurusan Perkapalan Bagi Equanimity

Loading...
Kerajaan Bakal Lantik Syarikat Pengurusan Perkapalan Bagi Equanimity - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kerajaan Bakal Lantik Syarikat Pengurusan Perkapalan Bagi Equanimity, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kerajaan Bakal Lantik Syarikat Pengurusan Perkapalan Bagi Equanimity
link : Kerajaan Bakal Lantik Syarikat Pengurusan Perkapalan Bagi Equanimity

Baca juga


Kerajaan Bakal Lantik Syarikat Pengurusan Perkapalan Bagi Equanimity


KLANG - Kerajaan akan melantik sebuah syarikat pengurusan perkapalan dalam masa terdekat bagi memastikan tahap kualiti dan kekemasan kapal mewah Equanimity berada dalam keadaan terbaik sepanjang disita di Terminal Boustead Cruise Centre, Pelabuhan Klang di sini.

Peguam Jeremy M. Joseph yang mewakili 1MDB dan kerajaan Malaysia berkata, langkah tersebut adalah bersesuaian supaya kapal itu dapat dijual dengan harga yang berpatutan mengikut pasaran terkini.

"Kita tahu kapal ini merupakan aset bernilai tinggi dan penjagaan khas perlu dilakukan dalam memastikan nilai sentiasa berada di tahap tinggi.

"Apa yang penting sekarang adalah melantik syarikat pengurusan perkapalan. Justeru, kita akan membuka sebut harga kepada mana-mana syarikat yang berminat mengenainya," katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan lobi Terminal Boustead Cruise Centre di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun, tidak dapat menyatakan anggaran nilai jualan semula kapal tersebut.


Jeremy memberitahu, usul mengenai pelantikan syarikat pengurusan perkapalan itu termasuk sebut harga akan dibawa kepada pihak mahkamah untuk tindakan lanjut.

Ujarnya, penjualan kapal itu akan dilakukan melalui proses mahkamah dalam mencari pembida yang tinggi.

"Kita mahu menjual kapal itu dalam kadar segera bagi mengelakkan harganya semakin menurun sekiranya diletakkan lama di sini (Terminal Boustead Cruise Centre).

"Selain itu, ia turut dipengaruhi oleh kos penyelenggaran yang tinggi," katanya.

Mengulas lanjut, Jeremy menegaskan ketika ini kesemua barangan berharga di dalam kapal tersebut telah ditutup dengan peralatan khas bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

"Berdasarkan pemerhatian saya, pembersihan terutama di bahagian dalamannya memerlukan penggunaan bahan kimia yang khas," jelasnya.

Terdahulu, beliau mengadakan mesyuarat selama dua jam bersama agensi keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan pihak Terminal Boustead Cruise Centre melibatkan aspek penjagaan, keselamatan kapal dan krunya. - Kosmo


Thus Article Kerajaan Bakal Lantik Syarikat Pengurusan Perkapalan Bagi Equanimity

Itulah artikel Kerajaan Bakal Lantik Syarikat Pengurusan Perkapalan Bagi Equanimity Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kerajaan Bakal Lantik Syarikat Pengurusan Perkapalan Bagi Equanimity dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2018/08/kerajaan-bakal-lantik-syarikat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kerajaan Bakal Lantik Syarikat Pengurusan Perkapalan Bagi Equanimity"

Catat Ulasan

Loading...