Loading...

LIGA PERDANA: WEST HAM LAWAN LIVERPOOL

Loading...
LIGA PERDANA: WEST HAM LAWAN LIVERPOOL - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk LIGA PERDANA: WEST HAM LAWAN LIVERPOOL, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : LIGA PERDANA: WEST HAM LAWAN LIVERPOOL
link : LIGA PERDANA: WEST HAM LAWAN LIVERPOOL

Baca juga


LIGA PERDANA: WEST HAM LAWAN LIVERPOOL

Liverpool lawan West Ham
12 Ogos 2018
8.30 Malam
Astro 816/834

Musim ni lain sikit pembawaan. Setelah menjadi pasukan paling hebat berbelanja, setiap mata bakal memandang dan mulut akan membawang. Itu tekanan pada awal. Tapi Klopp selamba badak buat perbandingan Liverpool macam Rocky Balboa, lakonan Sylvester Stallone filem tinju. Seorang peninju bukan ternama untuk mengejar kejuaraan bukan pilihan juara macam Ivan Drago, lakonan Dolph Lundgren.

Kesebelasan utama hampir lengkap. Cuma Klopp ambil sedikit risiko tanpa pembelian membiarkan pertahanan tengah tanpa pemain terbaik menentang West Ham nanti. Lovren belum berlatih penuh takkan nak diturunkan terus. Matip dan Klavan masih cedera. Gomez belum tahu lagi keadaan. Kemungkinan besar Nat Philips kena bersedia mental fizikal. Kalau Gomez 75% cergas bagi abam jangan ambil risiko letak ubi macam Nat, sebab WHU mungkin dah tengok video lawan Torino.

Alisson
Trent, Gomez, van Dijk, Robertson
Gandum, Hendo Keita
Salah, Firmino, Mane

Selama bermusim Klopp guna pemain sedia ada, dia cuba terapkan taktikal gegenpress. Berhasil cuma kadang-kala kelaut juga. Sebab samada pemain bagus tapi tak faham kehendak Klopp atau memang pemain tak berapa bagus. Sebab itulah Klopp beli Keita yang beliau nampak macam minyak pelincir Gred F1 untuk kelancaran enjin gegernpress. Dan juga Fabinho yang akan menyerap serangan lawan untuk kasi pertahanan selesa.

 Abam tengok dalam perlawanan yang kita tak menang, kebanyakan lawan main akal cuba matikan serangan dengan susun bas. Cuma bukan setiap masa mereka main camtu, dok tunggu 90 minit kat kawasan sendiri. Bukan cakap sentiasa nak kena main selamat dan buat hantaran cermat. Kadangkala kegopohan perlu ada untuk bagi lawan satu kejutan dalam serangan. Kalaulah Klopp ada pemain macam Gerrard dan Suarez yang tak suka simpan bola lama, dah lama dah Klopp dapat piala.

Keita dan Gandum mungkin bakal turun dalam kesebelasan utama nanti. Fabinho masih kurang cergas dan Milner pun masih berjahit kepala. Setakat sekarang rasanya Hendo terpaksa digegas ke kesebelasan. Namun jika Klopp nak main Gung-Ho atau Kamikaze kat West Ham, rasanya pilihan abam letak terus Shaqiri seawal sepak mula. Sebab apa tengok cara Shaqiri dia punya hantaran memang takda nak main pendek2 semua nak tuju siapa yang dok menyerang.

Malah dengan Pak Ali goli baru kita, dia pun sama kalau ada peluang, dia nak sepak terus kepada Salah atau Mane yang memang kaki rempit. Main hantaran pendek dari bawah itu sekadar acah-acah sahaja . Salah satunya nak tarik pemain lawan untuk serbu bola dan membuka ruang untuk diekplotasi. Klopp pun sendiri pernah cakap pemain diberi kebebasan untuk melaksanakan tindakan yang mereka rasakan terbaik sebab dalam padang Klopp boleh memekik bagi arahan ringkas.

 West Ham bermain dengan pengurus baru, Pellegrini pengurus yang pernah bawa Man City jadi juara Liga Perdana musim 2013/14. Ingat tak tahun yang Brendan hampir dapat juara tetapi terlepas sebab Abang Long Gerrard tergelincir lawan Chelsea. Pellegrini ni masuk pasukan mana pun dia takkan datang dengan tangan kosong. Dia gunakan imej pengurus tahap dunia dengan pau duit pengurusan West Ham borong pemain macam borong barang dapur kat pasar malam.

Kalau ikut kesebelasan West Ham nanti dengan Wilshere, Filipe Anderson lagi, Yarmalenko. Abam rasa kita bakal dapat tentangan sengit, walaupun main kat Anfield. Tak berani nak cakap yang kita boleh menang selesa macam musim lepas lagi. Cuma dengan kualiti pemain kita ada sekarang ditambah dengan ada Shaqiri dan Sturridge dok dibangku simpanan, 3 mata sesuatu yang tak mustahil.


Thus Article LIGA PERDANA: WEST HAM LAWAN LIVERPOOL

Itulah artikel LIGA PERDANA: WEST HAM LAWAN LIVERPOOL Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel LIGA PERDANA: WEST HAM LAWAN LIVERPOOL dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2018/08/liga-perdana-west-ham-lawan-liverpool.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "LIGA PERDANA: WEST HAM LAWAN LIVERPOOL"

Catat Ulasan

Loading...