Loading...

‘Tak Perlu Segera Lantik Saya Jadi PM Yang Baru’

Loading...
‘Tak Perlu Segera Lantik Saya Jadi PM Yang Baru’ - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk ‘Tak Perlu Segera Lantik Saya Jadi PM Yang Baru’, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : ‘Tak Perlu Segera Lantik Saya Jadi PM Yang Baru’
link : ‘Tak Perlu Segera Lantik Saya Jadi PM Yang Baru’

Baca juga


‘Tak Perlu Segera Lantik Saya Jadi PM Yang Baru’


PETALING JAYA – Bakal Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak akan tergesa-gesa untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru.

Menurutnya, buat masa sekarang beliau memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan enggan memberi tekanan kepada beliau.

Bagaimanapun, bekas Timbalan Perdana Menteri itu bercadang untuk berjumpa dengan Dr Mahathir bagi membincangkan usaha untuk melakukan perubahan terhadap institusi Parlimen.

“Beri peluang untuk saya masuk untuk mereformasikan Parlimen. Parlimen perlu diubah bagi membolehkannya berfungsi dengan baik dalam negara demokratik.

“Kalau saya dipilih untuk masuk Parlimen, saya akan menjadi penyokong kerajaan, itu kedudukan saya. Ada kawasan pelawa (jadi ahli Parlimen), itu saya hargai. Tak janggal kalau ada orang pelawa.


“Sekarang perkara itu belum diteliti sepenuhnya. Saya tak mahu dialog panjang tentang isu ini. Orang yang kurang arif dalam politik anggap ini perkara biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Keadilan, di sini yang turut dihadiri Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Tambah bekas Timbalan Perdana Menteri itu, beliau tidak merasakan proses melantiknya sebagai Perdana Menteri perlu disegerakan sebaliknya beliau kini mahu memberi tumpuan terhadap proses pemilihan parti.

“Ada andaian mengatakan perubahan berlaku dalam dua tahun. Kalau tidak berlaku dalam tempoh itu, mungkin berlaku dalam masa lima tahun.

“Keputusan itu (lantik sebagai Perdana Menteri) dibuat semasa saya dalam penjara lagi. Kepimpinan parti ada tanya adakah perlu segera, saya jawab tidak perlu segera,” ujarnya


Thus Article ‘Tak Perlu Segera Lantik Saya Jadi PM Yang Baru’

Itulah artikel ‘Tak Perlu Segera Lantik Saya Jadi PM Yang Baru’ Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel ‘Tak Perlu Segera Lantik Saya Jadi PM Yang Baru’ dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2018/08/tak-perlu-segera-lantik-saya-jadi-pm.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "‘Tak Perlu Segera Lantik Saya Jadi PM Yang Baru’"

Catat Ulasan

Loading...