Loading...
Tajuk : Terkini..! Pelakon Gerak Khas - Nizen Ayob Meninggal Dunia
link : Terkini..! Pelakon Gerak Khas - Nizen Ayob Meninggal Dunia
Terkini..! Pelakon Gerak Khas - Nizen Ayob Meninggal Dunia
PETALING JAYA: Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Gerak Khas, Nizen Ayob meninggal dunia pada pukul 11.55 pagi Isnin di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.
Menurut pelakon Salina Saibi, doktor mengesahkan Allahyarham meninggal dunia akibat kegagalan fungsi buah pinggang.
"Saya dimaklumkan oleh kakak ipar arwah, doktor telah mengesahkan Nizen meninggal dunia kerana masalah buah pinggang.
"Jenazahnya akan dimandi dan dikafankan di hospital sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Johor," katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, berita sedih itu turut dikongsi pelakon Sheera Iskandar menerusi laman Instagramnya.
"Innalillahiwainailaihirojiun. Sahabat kami Nizen Ayob baru sahaja pergi menghadap Illahi.
Sheera berkongsi berita sedih di laman Instagranya.
"Mohon doa dari semua moga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Amin.
"Semoga kau tenang di sana Nizen. Al Fatihah," tulis Sheera.
Sebelum ini, Nizen, 33, pernah mendedahkan dirinya telah disihir oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Allahyarham membuat pendedahan tersebut menerusi laman Instagramnya dengan memuat naik foto sebatang paku berkarat dan objek hitam yang tidak dapat dikenal pasti selain kecederaan di dahinya ketika berubat.
Beliau pernah mendapatkan rawatan perubatan Islam untuk merawat penyakit misteri yang dihidapinya pada awal Mei tahun lalu.
Objek serupa dan beberapa batang paku berkarat didakwa telah dikeluarkan daripada badannya.
Sumber: Mstar Online
Thus Article Terkini..! Pelakon Gerak Khas - Nizen Ayob Meninggal Dunia
Itulah artikel Terkini..! Pelakon Gerak Khas - Nizen Ayob Meninggal Dunia Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Terkini..! Pelakon Gerak Khas - Nizen Ayob Meninggal Dunia dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2018/08/terkini-pelakon-gerak-khas-nizen-ayob.html
0 Response to "Terkini..! Pelakon Gerak Khas - Nizen Ayob Meninggal Dunia"
Catat Ulasan