Loading...

Renungan Jumaat : Mengapa Susahnya Nak Menjaga Hati Ini Dari Terluka Dan Sangkaan Orang?

Loading...
Renungan Jumaat : Mengapa Susahnya Nak Menjaga Hati Ini Dari Terluka Dan Sangkaan Orang? - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Renungan Jumaat : Mengapa Susahnya Nak Menjaga Hati Ini Dari Terluka Dan Sangkaan Orang?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Renungan Jumaat : Mengapa Susahnya Nak Menjaga Hati Ini Dari Terluka Dan Sangkaan Orang?
link : Renungan Jumaat : Mengapa Susahnya Nak Menjaga Hati Ini Dari Terluka Dan Sangkaan Orang?

Baca juga


Renungan Jumaat : Mengapa Susahnya Nak Menjaga Hati Ini Dari Terluka Dan Sangkaan Orang?

oالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,
MENGAPA SUSAHNYA NAK MENJAGA HATI INI DARI TERLUKA DAN SANGKAAN ORANG?
Related image
Bukan mudah untuk menjaga hati dari keadaan sekeliling * I give you my heart. 

“Susahnya nak menjaga hati ni…!!”

Alhamdulillah Allah SWT bagi kita hati dari situ kita ada perasaan.
Dan mujur lah Allah SWT ciptakan manusia tu dengan  satu hatinya.
Sebab apa dengan satu hati ni pun kita dah tak terjaga, jadi macam mana kalau kita punya banyak hati.

— Nak jaga HATI dari bersangka-sangka dengan orang, nak jaga HATI dari terluka.
Dengan satu HATI ni pun dah banyak kali terluka, banyak sangat dah bersangka sangka  dengan orang. Satu HATI yang dikurniakan kalau kita pelihara DIA elok elok Allah SWT indahnya.

Tapi Allah SWT tu baik. Maha Baik.

Walaupun hati ini banyak sangat buat dosa, Allah SWT tetap hadirkan sekelumit rasa getaran itu tanda hati masih hidup, masih ada iman.

Walaupun pun hamba Allah SWT ni berdosa sekalipun bila Allah SWT bagi getaran pada hatinya, Allah SWT bagi ujian buat hambaNya.

Nak suruh kita ni kembali kepadaNya, kembali ingat padaNya.

 Saya Tahu Ramai Yang Pernah Kecewa Dengan Dunia
Dah kata dunia ini macam makanan yang manis, tapi bila kita ambil dalam kuantiti yang banyak ia bahaya pada kesihatan kita tapi itulah yang sedap.

Itulah yang kita nak kan?

Dalam artikel ni saya nak bawakan satu bahagian saja pasal HATI.
Something yang dekat dengan anak remaja, belia kita. Macam Allah SWT uji hati anak remaja dengan satu term yang sangat indah, CINTA.

Berapa ramai yang kecewa sebab cinta, berapa ramai yang terpedaya kerana cinta?
Sebenarnya indah hikmah yang Allah SWT selitkan dalam proses membawa HATI itu kepadaNya.

Ya, mungkin jalan ini ada jalan yang kamu perlu lalui dalam proses menjadi seorang hamba yang lebih baik.

Saya terbaca satu post di instagram:
Aku bukan tak sabar, hanya tak ingin menanti.
Kerana berani memutuskan adalah juga kesabaran. Kerana terkadang penantian membuka pintu-pintu syaitan.

Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Ia mempersilakan. Atau mengambil kesempatan.

Yang pertama adalah pengorbanan.
Yang kedua adalah keberanian.

— Salim A. Fillah
 Kadang–Kadang Bukan Kita Kecewa  Dengan Manusia, Kita Yang Mengecewakan Hati Kita Sendiri

Ya kita memilih untuk membiarkan hati itu patah dengan tindakan kita.
Ingatlah takkan bersatu dua cinta, CINTA PADA ALLAH SWT dalam masa yang sama cinta pada maksiat.

Kemudian kita yang harus memilih, dan ternyata hati memilih untuk terluka.
Luka yang terjadi itulah hikmah.

Hikmah yang diri sendiri akan nampak sepanjang proses penyembuhan. Hikmah yang diri akan nampak di saat hati kita betul betul redha.

Ketahuilah ia bukan satu proses yang mudah kerana perlunya MUJAHADAH. Tapi percayalah, segalanya mudah apa bila Allah SWT memudahkannya.

Satu yang perlu tahu dalam proses penyerahan hati, penyembuhan hati kepada Allah SWT itu ujian-ujian Allah SWT selalu mengiringi.

Sedarlah bahawa DIDIKAN SABAR sedang dipraktikkan oleh Allah SWT kepada kamu.
Sahabat saya berkata

“Allah SWT hantar kamu untuk bantu yang lain”
Itu takdir Allah SWT, kita yang pernah sakit dulu, akan bantu orang lain hasil dari rasa sakit yang pernah kita lalui.

Saya pandang sahabat saya, mendengar cerita, harapan, tekad nya bawa saya jauh seketika saya berada ditempat dia sekarang, saya selalu cakap, memang tak mudah hanya tekad dan doa saja. Jangan pernah takut.

 Hati Yang Sedang Sakit Perlu Dirawat Segara, Moga Tidak Melarat

“Sakit hati” ni bukan dengki tapi sakit hati ini ialah dimana,  kita mula lemah dalam langkah menuju tuhan.

Rawatlah dengan bicara denganNya, rawatlah dengan membaca kalamNya.
Mari hayati kata kata Saidatina Hajar, ibunda Nabi Ismail a.s. Ringkas dan padat yang mampu memotivasikan kita serta memberi semangat baru dalam jiwa jiwa kita.

“ALLAH SWT TIDAK AKAN MENSIA-SIA KAN KITA”

— Tinta yang menulis ini masih berjuang dengan ujian Allah. Mohon doa nya.
Artikel ini perkongsian daripada Norliyana Zulkifli. Semoga memberi manfaat kepada semua. Jazakallah



Anumkhairil


Thus Article Renungan Jumaat : Mengapa Susahnya Nak Menjaga Hati Ini Dari Terluka Dan Sangkaan Orang?

Itulah artikel Renungan Jumaat : Mengapa Susahnya Nak Menjaga Hati Ini Dari Terluka Dan Sangkaan Orang? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Renungan Jumaat : Mengapa Susahnya Nak Menjaga Hati Ini Dari Terluka Dan Sangkaan Orang? dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2019/03/renungan-jumaat-mengapa-susahnya-nak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Renungan Jumaat : Mengapa Susahnya Nak Menjaga Hati Ini Dari Terluka Dan Sangkaan Orang?"

Catat Ulasan

Loading...