Tajuk : 167 Tong LPG Bernilai Hampir RM18,000 Dirampas
link : 167 Tong LPG Bernilai Hampir RM18,000 Dirampas
167 Tong LPG Bernilai Hampir RM18,000 Dirampas
SUNGAI SIPUT – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak merampas 167 tong gas petroleum cecair (LPG) bernilai RM17,802 dalam satu serbuan ke atas sebuah premis yang beroperasi tanpa lesen di sini, hari ini.
Timbalan Ketua Pegawai Penguatkuasa II (KPDNKK) Ahmad Ahrazzuddin Ahmad Hamdan berkata setiap tong LPG yang dirampas adalah seberat 14 kilogram .
Katanya serbuan ke atas premis di Jalan Sambathan itu selepas pihaknya menjalankan risikan selama dua minggu.
“Kedai berkenaan dimiliki seorang lelaki berumur 60-an dan dia telah membekalkan LPG di sekitar Sungai Siput tanpa lesen sejak 2012,” katanya ketika ditemui pemberita selepas serbuan tersebut di sini.
Beliau berkata pemilik premis berkenaan memberikan alasan tidak mahir berbahasa Melayu menyebabkannya tidak memperbaharui lesen untuk menjalankan perniagaan LPG sejak lima tahun lalu.
Ahmad Ahrazzuddin berkata dalam serbuan tersebut, pihaknya turut menemukan salinan invois daripada pembekal yang akan dijejak selepas ini.
Katanya kes tersebut disiasat mengikut Peraturan 3 (1), Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1976 dan jika didapati bersalah pemilik premis berkenaan boleh didenda sebanyak RM2 juta bagi kesalahan pertama dan tidak melebihi RM5 juta bagi kesalahan kedua.
Beliau menjelaskan rampasan tersebut adalah yang ke-15 di Perak dengan 11 daripadanya sebelum ini di Ipoh, dua di Tapah serta satu di Parit Buntar .
“Keseluruhan jumlah sitaan adalah sebanyak 18,410kg bernilai RM146,787,” katanya. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rvSqD4
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article 167 Tong LPG Bernilai Hampir RM18,000 Dirampas
Anda sedang baca artikel 167 Tong LPG Bernilai Hampir RM18,000 Dirampas dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/167-tong-lpg-bernilai-hampir-rm18000.html
0 Response to "167 Tong LPG Bernilai Hampir RM18,000 Dirampas"
Catat Ulasan