Tajuk : Nelydia Senrose Anggap Isu Cukai Selesai
link : Nelydia Senrose Anggap Isu Cukai Selesai
Nelydia Senrose Anggap Isu Cukai Selesai
PELAKON Nelydia Senrose menganggap masalah cukai pendapatan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sudah selesai dan berharap isu itu tidak lagi dipukul canang.
Lebih mesra disapa Nely,23, mengaku ‘terlepas pandang’ beberapa perkara berhubung prosedur percukaian hingga LHDN mengeluarkan tangkap ke atasnya bulan lalu, lapor BH Online.
“Saya anggap perkara itu sudah selesai dan tak perlu dipanjangkan. Ada salah faham antara saya dan LHDN.
“Saya mengaku khilaf disebabkan ada perkara yang terlepas pandang. Saya patut lihat hal ini dengan lebih mendalam dan teliti,” katanya.
Sebelum ini, kecoh apabila LHDN mengeluarkan waran tangkap terhadap Nelydia atau nama penuhnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen selepas pelakon jelita itu tidak hadir dalam prosiding kes gagal mengemukakan cukai pendapatan.
Nelydia menghadapi lima pertuduhan kerana gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 78(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang mengkehendaki Nelydia mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi lima tahun taksiran.
Dia dilaporkan gagal mengemukakan borang taksiran bagi tahun 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013.
Nelydia turut menghadapi satu lagi tuduhan iaitu gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 81 Akta Cukai Pendapatan 1967, bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada LHDN.
Pelakon itu berkata, isu cukai pendapatan berkenaan diselesaikan sekembalinya ke tanah air selepas bercuti, baru-baru ini. Ketika waran tangkap dikeluarkan, Nelydia bercuti di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK).-MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rvVUWi
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Nelydia Senrose Anggap Isu Cukai Selesai
Anda sedang baca artikel Nelydia Senrose Anggap Isu Cukai Selesai dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/nelydia-senrose-anggap-isu-cukai-selesai.html
0 Response to "Nelydia Senrose Anggap Isu Cukai Selesai"
Catat Ulasan