Loading...

Anih Berhad Edar Kurma, Juadah Berbuka Di LPT

Loading...
Anih Berhad Edar Kurma, Juadah Berbuka Di LPT - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Anih Berhad Edar Kurma, Juadah Berbuka Di LPT, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Anih Berhad Edar Kurma, Juadah Berbuka Di LPT
link : Anih Berhad Edar Kurma, Juadah Berbuka Di LPT

Baca juga


Anih Berhad Edar Kurma, Juadah Berbuka Di LPT

KUANTAN – Syarikat konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Anih Berhad akan mengedarkan 20,000 pek buah kurma percuma kepada pengguna lebuh raya itu pada waktu berbuka selama sebulan, bermula hari pertama umat Islam berpuasa.

Pengarah Eksekutifnya Datuk Nik Fauzi Nik Hussein berkata buah kurma itu akan diedarkan bermula pukul 7 malam hingga 7.45 malam di dua plaza tol utama iaitu Tol Gombak dan Plaza Tol Karak.

Selain itu, Anih Berhad juga akan mengedarkan 3,000 pek juadah berbuka yang mengandungi kurma, nasi, set lauk dan air mineral di kaunter pandu lalu di kawasan rehat dan rawat (R&R) Genting Sempah pada 2 dan 16 Jun serta R&R Temerloh pada 9 Jun.

“Edaran kurma dan juadah berbuka ini adalah inisiatif kami untuk berkongsi keberkatan Ramadan dan merapatkan ukhuwah serta tanda penghargaan kepada pengguna LPT,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Nik Fauzi menambah pengagihan pek juadah berbuka, yang melibatkan 1,000 bungkus untuk sekali agihan, adalah kali pertama dilakukan oleh Anih Berhad dan istimewanya juadah itu disediakan oleh peniaga di R&R di LPT.

Beliau menambah pada tahun ini, Anih Berhad juga menyampaikan sumbangan berjumlah RM5,000 kepada 10 masjid dan surau terpilih di sepanjang jajaran lebuh raya Kuala Lumpur-Karak dan LPT untuk tujuan moreh.

Anih Berhad turut memberi sumbangan RM2,000 sebagai peruntukan menyediakan juadah berbuka puasa untuk pelajar dan kakitangan Maahad Tahfiz Muhammadi di sini, katanya.

“Ini adalah aktiviti tanggungjawab sosial berterusan kami untuk menyumbang semula kepada masyarakat, khususnya kepada golongan yang memerlukan,” katanya. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qqAJjU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Anih Berhad Edar Kurma, Juadah Berbuka Di LPT

Itulah artikel Anih Berhad Edar Kurma, Juadah Berbuka Di LPT Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Anih Berhad Edar Kurma, Juadah Berbuka Di LPT dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/anih-berhad-edar-kurma-juadah-berbuka.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Anih Berhad Edar Kurma, Juadah Berbuka Di LPT"

Catat Ulasan

Loading...