Loading...

Tiga Exco PAS Menjunjung Kasih Titah Sultan Selangor

Loading...
Tiga Exco PAS Menjunjung Kasih Titah Sultan Selangor - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tiga Exco PAS Menjunjung Kasih Titah Sultan Selangor, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tiga Exco PAS Menjunjung Kasih Titah Sultan Selangor
link : Tiga Exco PAS Menjunjung Kasih Titah Sultan Selangor

Baca juga


Tiga Exco PAS Menjunjung Kasih Titah Sultan Selangor

SHAH ALAM – Tiga anggota Exco kerajaan Selangor daripada PAS hari ini menjunjung kasih perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengekalkan mereka dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), sehingga ke tarikh pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Tiga Exco PAS itu ialah Datuk Iskandar Abdul Samad yang memegang portfolio Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar; Datuk Dr Ahmad Yunus (Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi) serta Zaidy Abdul Talib (Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani).

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, ketiga-tiga anggota Exco itu berkata mereka akan terus mendukung dan menyokong kepimpinan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selain memastikan semua program kerajaan negeri berjaya dilaksanakan.

“Kami yakin dengan limpah perkenan Sultan Selangor itu, ia akan dapat menamatkan sebarang spekulasi negatif terhadap kedudukan Exco PAS di Selangor,” menurut mereka.

Dalam titah khas semalam, Sultan Sharafuddin berkenan dengan hasrat Mohamed Azmin untuk mengekalkan ketiga-tiga Exco PAS dalam MMKN sehingga Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya dijalankan.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata ketetapan itu dibuat selepas baginda menimbang dan meneliti segala aspek terutama dari sudut kestabilan pentadbiran kerajaan negeri Selangor demi memelihara kepentingan rakyat secara keseluruhannya.

Kerajaan Selangor yang dipimpin Mohamed Azmin mempunyai komposisi Exco yang sama bilangan iaitu masing-masing tiga orang daripada PKR, DAP dan PAS.

Kedudukan Exco PAS dalam kerajaan Selangor menjadi topik hangat apabila Majlis Syura Ulama PAS pada 11 Mei lepas memutuskan supaya parti itu menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR, yang menerajui pentadbiran negeri Selangor kerana tidak menghormati PAS sebagai rakan sekutu mereka. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qqAHsi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Tiga Exco PAS Menjunjung Kasih Titah Sultan Selangor

Itulah artikel Tiga Exco PAS Menjunjung Kasih Titah Sultan Selangor Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tiga Exco PAS Menjunjung Kasih Titah Sultan Selangor dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/tiga-exco-pas-menjunjung-kasih-titah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tiga Exco PAS Menjunjung Kasih Titah Sultan Selangor"

Catat Ulasan

Loading...