Loading...

Bayi Lelaki Dibuang Diberi Nama Mohd Ramadan

Loading...
Bayi Lelaki Dibuang Diberi Nama Mohd Ramadan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Bayi Lelaki Dibuang Diberi Nama Mohd Ramadan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Bayi Lelaki Dibuang Diberi Nama Mohd Ramadan
link : Bayi Lelaki Dibuang Diberi Nama Mohd Ramadan

Baca juga


Bayi Lelaki Dibuang Diberi Nama Mohd Ramadan

TEMERLOH – Bayi lelaki yang ditemui dibuang di dalam tong sampah bertutup di hadapan sebuah rumah di Taman Temerloh Jaya, di sini pagi semalam akan diberikan nama Mohd Ramadan sempena mengambil keberkatan bulan yang penuh barakah untuk umat Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Mutimedia Negeri Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata bayi seberat 2.4 kilogram yang ditemui pada hari kedua umat Islam mengerjakan ibadah puasa semalam, kini berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di wad penjagaan intensif untuk bayi (NICU) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), di sini.

“Bayi berkenaan berada dalam keadaan baik walaupun terdapat sedikit luka sepanjang tiga sentimeter di atas kepala sebelah kanan dan telah pun menerima dua jahitan. Untuk sementara bayi lelaki ini akan ditempatkan di HOSHAH untuk pemerhatian selama seminggu.

“Kemudian bayi ini akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk ditempatkan di rumah perlindungan kanak-kanak dan kerajaan negeri akan membantu segala aspek kebajikan bayi malang ini dalam tempoh jagaan berkenaan,”katanya

BACA: Bayi Baru Lahir Ditingggalkan Depan Rumah Di Temerloh

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meluangkan masa hampir setengah jam melawat bayi berkenaan di NICU HOSHAS dengan turut diiringi Pengarah JKM Pahang Zulkhairi Zainal Abidin.

Katanya pihak JKM telah pun menerima banyak permohonan untuk menjadikan bayi berkenaan sebagai anak angkat, namun ia akan mengambil sedikit masa kerana perlu melalui beberapa prosedur tertentu selain hanya boleh dilakukan jika tiada tuntutan hak penjagaan daripada keluarga bayi berkenaan.

Dalam masa yang sama Shahaniza turut menasihati remaja dan wanita di negeri ini supaya menjaga diri dan mengelak diri daripada pergaulan bebas untuk menghindar kejadian hamil luar nikah.

“Ini bukan satu perkara baharu di negara kita dan apabila terjadinya kehamilan luar nikah ini, maka akan berlaku kes buang bayi ini kerana takut kesilapan itu diketahui, sedangkan bayi-bayi ini tidak berdosa. Dalam kes kali ini, bayi ini bernasib baik apabila dapat diselamatkan kerana cepat ditemui oleh penduduk,” katanya.

Dalam kejadian pada 6.20 petang semalam, seorang bayi lelaki ditemui dalam tong sampah di sebuah rumah di Taman Temerloh Jaya dalam keadaan masih bertali pusat dan dibalut dengan kertas surat khabar.

Bayi berkenaan ditemui oleh seorang penduduk yang baharu sahaja pulang daripada mengerjakan solat Subuh di masjid berhampiran sebelum bertindak membawanya ke HOSHAS.

Sementara itu Zulkhairi menasihati mana-mana wanita yang melahirkan anak luar nikah supaya tidak membuang bayi mereka sebaliknya menyerahkan di mana-mana pusat JKM untuk membolehkan kebajikannya dijaga.

“Jangan takut sebab kami tidak akan mengambil tindakan, malah identiti mereka juga akan kami rahsiakan. JKM juga bersedia menjaga mana-mana wanita yang hamil luar nikah sehingga mereka melahirkan anak sekiranya mereka tidak mempunyai tempat untuk dituju,” katanya. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s5zWXH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Bayi Lelaki Dibuang Diberi Nama Mohd Ramadan

Itulah artikel Bayi Lelaki Dibuang Diberi Nama Mohd Ramadan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Bayi Lelaki Dibuang Diberi Nama Mohd Ramadan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/bayi-lelaki-dibuang-diberi-nama-mohd.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bayi Lelaki Dibuang Diberi Nama Mohd Ramadan"

Catat Ulasan

Loading...