Loading...

Orang Ramai Diminta Tidak Panik Harga Ikan Naik

Loading...
Orang Ramai Diminta Tidak Panik Harga Ikan Naik - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Orang Ramai Diminta Tidak Panik Harga Ikan Naik, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Orang Ramai Diminta Tidak Panik Harga Ikan Naik
link : Orang Ramai Diminta Tidak Panik Harga Ikan Naik

Baca juga


Orang Ramai Diminta Tidak Panik Harga Ikan Naik

BATU PAHAT – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) hari ini menasihati orang ramai supaya tidak panik dengan kenaikan harga ikan sepanjang Ramadan ini dan menjelang perayaan Aidilfitri.

Pengerusinya Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Jabatan Perikanan esok, bagi membincangkan bagaimana untuk menstabilkan harga ikan khususnya di pasar tani.

“Saya menerima maklum balas daripada nelayan terutama di perairan Selat Melaka bahawa walaupun cuaca baik, namun, lautan bergelora menyebabkan tangkapan ikan terjejas.

“Dari segi pendaratan ikan, mengikut data Mac hingga September sepatutnya hasil tangkapan meningkat. Tetapi hari ini, bila nelayan di tengah laut, terdapat angin kencang yang tidak menentu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Elaun Sara Hidup Nelayan Secara Tunai kepada 601 nelayan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Batu Pahat, di sini hari ini.

Anggota Parlimen Kuala Selangor itu berkata beliau meminta Nekmat supaya bersiap siaga bagi menghadapi situasi harga ikan yang tidak menentu memandangkan terdapat trend permintaan ikan yang tinggi daripada pengguna.

Menurut Irmohizam, ketika ini Nekmat mempunyai bekalan 50 tan ikan sejuk beku segar berkualiti dikenali Q’Fish, yang disimpan di pusat pengumpulan dan penggredan di Selayang, Selangor, di Kuala Besut, Terengganu dan di Kuala Kedah, Kedah.

“LKIM mencadangkan kepada Nekmat dan Fama, di samping jualan ikan segar, kita tawarkan ikan sejuk beku segar yang ditangkap di perairan Malaysia dan ikan sejuk beku segar yang diimport dari Aceh di Indonesia dan Pakistan untuk jualan di pasar tani bagi menstabilkan harga ikan,” katanya.

Beliau berkata LKIM sentiasa mengambil berat keresahan rakyat terhadap keperluan ikan lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan Aidilfitri dan bersedia bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi menjamin kestabilan harga ikan di pasaran.

Dalam perkembangan lain, Irmohizam berkata Kumpulan Keselamatan Nelayan (Kukenal) akan diperluaskan ke seluruh negara bagi memberi bantuan kepada nelayan ketika bencana dan kemalangan di laut.

Beliau berkata setakat ini kira-kira 500 nelayan sudah menyertai Kukenal yang dilatih pasukan bomba bagi melakukan kerja menyelamat.

“Saya menerima maklumat, nelayan di perairan Johor antara mereka yang turut membantu Op Carilamat sembilan anak kapal KD Perdana milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terputus hubungan, baru-baru ini.

“Saya ucapkan tahniah kepada mereka (nelayan) dan selaras dengan itu, saya terpanggil untuk memperluaskan Kukenal ke seluruh negara supaya pengguna laut mendapat bantuan segera jika berlaku bencana atau kemalangan,” katanya. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s5U1Nm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Orang Ramai Diminta Tidak Panik Harga Ikan Naik

Itulah artikel Orang Ramai Diminta Tidak Panik Harga Ikan Naik Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Orang Ramai Diminta Tidak Panik Harga Ikan Naik dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/orang-ramai-diminta-tidak-panik-harga.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Orang Ramai Diminta Tidak Panik Harga Ikan Naik"

Catat Ulasan

Loading...