Loading...
Tajuk : Bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye Dibicara Hari Ini
link : Bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye Dibicara Hari Ini
Bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye Dibicara Hari Ini
SEOUL: Bekas pemimpin Korea Selatan, Park Geun-hye, dijangka hadir di mahkamah hari ini, bagi menghadapi tuduhan rasuah dalam skandal yang menyebabkan penyingkiran beliau daripada jawatannya.
Geun-hye berdepan hukuman penjara 10 tahun jika sabit kesalahan menerima rasuah daripada beberapa ahli perniagaan.
Bagaimanapun, Geun-hye menafikan tuduhan itu dan dijangka mengaku tidak bersalah dalam perbicaraan berkenaan.
Perbicaraan itu berlangsung dalam tempoh dua minggu selepas pilihan raya presiden diadakan dan Moon Jae-in dipilih sebagai presiden baharu Korea Selatan.
Sebelum ini, Jae-in berjanji untuk bertindak tegas terhadap ahli perniagaan atau chaebol yang melakukan jenayah dan melantik penyiasat berpengalaman untuk mengetuai pejabat pendakwaan kes bekas pemimpin itu.
Geun-hye dijangka tiba di Mahkamah Daerah Tengah Seoul pada jam 1 tengah hari (waktu tempatan) bersama rakannya yang dituduh bersubahat dalam kes itu, Choi Soon-sil.
Soon-sil turut menolak tuduhan rasuah yang dikenakan terhadap beliau. Reuters
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qaOaoQ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye Dibicara Hari Ini
Itulah artikel Bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye Dibicara Hari Ini Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye Dibicara Hari Ini dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/bekas-presiden-korea-selatan-park-geun.html
0 Response to "Bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye Dibicara Hari Ini"
Catat Ulasan