Loading...
Tajuk : #PRKPujut: UPP Serah Kepada KM Letak Calon
link : #PRKPujut: UPP Serah Kepada KM Letak Calon
#PRKPujut: UPP Serah Kepada KM Letak Calon
KUCHING: Presiden UPP, Dato Sri Wong Soon Koh akan akur dengan keputusan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg untuk meletakkan sesiapa sahaja yang akan menjadi calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut pada Julai nanti.
Memetik laporan Utusan Borneo, beliau berkata akan menyerahkan sepenuhnya keputusan Abang Johari selaku Pengerusi BN negeri.
“Kita serahkan kepada Ketua Menteri untuk membuat keputusan bagi menentukan siapa calon yang layak untuk bertanding (di kerusi DUN Pujut) pada PRK nanti,” katanya ketika ditemui di pemberita selepas Persidangan DUN di sini semalam.
Tambah Wong lagi, beliau telah menghantar senarai calon yang berpotensi untuk bertanding di atas tiket BN kepada Ketua Menteri.
“Ya, saya telah menghantar senarai nama (calon untuk DUN Pujut) kepada Ketua Menteri pada minggu lepas dan terdapat beberapa nama calon telah dikemukakan dalam senarai tersebut,” katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh PRK bagi DUN Pujut akan diadakan pada 4 Julai manakala hari penamaan calon pula ditetapkan pada 20 Jun.
PRK itu diadakan selepas kekosongan kerusi DUN Pujut ekoran pelucutan penyandangnya, Dr Ting Tiong Choon. - Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rvnMtD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article #PRKPujut: UPP Serah Kepada KM Letak Calon
Itulah artikel #PRKPujut: UPP Serah Kepada KM Letak Calon Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel #PRKPujut: UPP Serah Kepada KM Letak Calon dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/prkpujut-upp-serah-kepada-km-letak-calon.html
0 Response to "#PRKPujut: UPP Serah Kepada KM Letak Calon"
Catat Ulasan