Tajuk : Berkat Member
link : Berkat Member
Berkat Member
Assalamualaikum dan selamat malam.
pertamanya, terima kasih admin kalau confession ini dah diapprovekan.
Sebenarnya, memandangkan sekarang ni minggu exam dan study week, jadi aku terlintas sikit nak berconfession fasal tips nak hadapi exam. Not so teknikal lah macam cara nak study, buat nota and so on, cumanya lebih kepada tips-tip yang tak dijangka yang memungkinkan kebarangkalian korang untuk score CGPA yang gempak. Aku pun taklah pandai mana, baru first year, first semester, tapi tulah orang kata time awal-awal macam ini lah kita kena pulun memandang otak masih suci. Hehehe
aku nak kongsi satu je tips, fasal kawan. Tak kisah lah, coursemate ke roomate ke soulmate ke asal kau pernah buka mulut dengan dia tetap dikira sebagai kawan, kan ??
Berapa ramai yang dahulukan orang lain lebih dari diri sendiri. Iyya aku admit, memang susah nak dahulukan orang lain. Lagi-lagi, bila member minta tolong ajar. Plus, dia ni zero knowledge fasal apa yang dia belajar tapi memandangkan coursemate, harus juga ada concern pada member yang macam ni. Berdasarkan pengalaman aku, aku suka tengok member-member berjaya. Mungkin sudah terbiasa dan didoktrinkan semenjak zaman sekolah plus aku dulu sekolah semua lelaki jadi bonding kami mengalahkan konkrit kerasnya. Berjaya sama-sama, gagal pun sama-sama, kantoi fly pun sama-sama. hahaha
tapi bila dah masuk uni ni, makin kurang pula aku perasan, iyyalah mungkin ada tapi tak banyak. Dapat pula coursemate yang tak sebulu, haaa lantak kau lah nak gagal, peduli apa aku. hhahaha
aku ingat lagi final exam semester 1, aku jadi sifu tak bertauliah. hahaha . sehari ke 2 hari sebelum exam satu paper tu, aku didatangi segerombolan manusia nak belajar sama-sama. Ada yang zero knowledge fasal apa yang dia belajar dalam kuliah sebelum ni. Huhuhu. jenuh juga aku nak fahamkan, tapi sebab sayangkan kawan ku rela. Dipendekkan cerita, waktu exam aku terpana. Bentuk soalannya kemain susah, lain daripada apa yang kami jangka. Ada lah risau juga, harap-harap budak-budak ni boleh jawab.
alhamdulillah, lastly result keluar, lulus. Member lain pun lulus. Syukur, aku bukan ajar ajaran sesat. haha
Gempak tak cerita aku. hahaha.
memang taklah kan ..
Cerita aku ni tak lah gempak mana, macam fairy tale, hari ni buat baik, esok lusa kau jadiputera raja. Hari ni tolong pengemis, esok lusa kau jadi jutawan. Tapi, cuma satu saja aku nak tekankan, fasal BERKAT MEMBER. Iyya ramai yang amik kisah pasal berkat dengan mak ayah, lecturer tapi berapa ramai yang amik kisah fasal berkat sesama member. Kadang-kadang kita tak tahu, member yang duk diam, even yang mulut yang tak ada insurans, entah-entah doa dia yang allah dengar. Belum tentu member yang selalu kamcing dengan hang, doakan hang. Nasihat aku, kalau berdoa minta sesuatu, biasakan doa untuk member korang sekali, tak susah mana pun. Angkat tangan, baca doa, guna ganti nama diri kami instead of aku. Ingat,antara doa yang allah dengar, adalah doa seorang pemuda kepada pemuda lain tanpa pengetahuannya dan lagi satu uka untuk aku ingatkan, doa ni bukan macam mantera Harry Poter, sebut-sebut terus jadi. Doa bukan magik. Hari ni doa esok lusa dapat. Kau fikir kau sorang yang berdoa ? Billions of people buat benda yang sama dan bukan semua dapat apa yang diorang doakan. Tak esok, lusa. Tak lusa, may be during the hereafter.
Dah, aku tak da idea nak berceloteh lagi. Selamat malam malam dan moga kalian sukses dalam peperiksaan. Amin
Muhammad
Sumber & Kredit: iiumc
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rqadLw
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Berkat Member
Anda sedang baca artikel Berkat Member dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/berkat-member.html
0 Response to "Berkat Member"
Catat Ulasan