Loading...

Mak Tiri Kena Buli

Loading...
Mak Tiri Kena Buli - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Mak Tiri Kena Buli, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Mak Tiri Kena Buli
link : Mak Tiri Kena Buli

Baca juga


Mak Tiri Kena Buli

Mak Tiri Kena Buli

Assalamualaikum, thanks dekat IIUMC kalau terniat nak post confession ni. Tak kesahlah post ke tidak tapi nak juga share apa yg aku rasa.

Hari tu aku tertengok drama Hero Seorang Cinderella dkt Astro. Masa part aku tengok tu part mak tiri dia marahkan si anak tiri. So, aku terfikirlah kenapa kalau dalam komuniti kita, first impression terhadap mak tiri mesti jahat, teruk dan garang nak mati. Kenapa aku ckp mcm ni? Sbb mak aku mak tiri.

Aku anak bongsu drpd 6 orang adik beradik, dan aku satu-satunya anak yg dilahirkan drpd rahim mak aku iaitu mak tiri kpd abg dan kakak aku.

Mind set ni sepatutnya ditukar, tak semua mak tiri dkt dunia ni jahat dan kejam, sometimes aku kesian dekat mak tiri dkt Malaysia ni sebab masyarakat akan fikir mak tiri mesti jahat because of cara didikan orang dulu.

Even mak aku ni seorang mak tiri, dia tak pernah marah ank tiri dia, yg selalu dia marah aku lah sebab aku anak kandung dia. Dia pernah cakap dekat aku. Mak tiri ni kalau marah, sampai kiamat orang ingat.

Bukan apa walaupun dia mak tiri dia sepatutnya ada hak untuk dihormati seperti mak kandung bukan? Sbb mereka pun ada hati dan perasaan bukan sekadar pengganti mak kandung yang buat segala pekerjaan rumah.

Aku tak faham kekadang orang tak hormat mak aku just sebab dia mak tiri atau ada sebab lain. Datang rumah tak salam, lauk yg dimasak tak dijamah, bagi pendapat tak diterima.

Nampak tak, sebenarnya bukan dia buli orang, tapi org lain yg buli dia. Mak aku kekadang dia cerita dkt aku smpai menangis.

Jangankan mak aku je yg rasa, aku pun rasa sakit sekali. Masa kecil aku memang selalu kena buli dengan abang dan akak aku. Disuruh buat kerja rumah walaupun kecil lagi, kena marah sbb tengok kartun dlm bahasa melayu,kena tunjal kepala walaupun tak tahu salah apa, kena paksa buat itu buat ini dan sebagainya.

Aku ingat lagi, masa tu kaki aku terpijak kaca, dia orang masa nmpk kaki aku berdarah, dia orang masih bagi aku arahan suruh panggil sedara kita orang yg ada dkt rumah atok. Hahaha memang sedih masa tu. Mak aku yg bersihkan luka. Aku nampak mak aku menangis dalam bilik sebab dia orang buat aku mcm tu. Aku masa kecil mana faham, dah besar panjang baru faham.

Kalau mak aku tak masak masa dia orang balik kampung, memasing muka masam sebab lauk tak ada. Hempas pintu tunjuk protes dan marah. Benda ni dah biasa. Nak marah mak aku tak boleh sebab mak aku lagi tua daripada dia orang so, mangsanya akulah. Aku apa boleh buat dahlah bongsu, ikut jelah ckp dia orang.

Tapi bila dah besar panjang ni aku pandailah bercakap apa yg aku tak puas hati. So biarlah adil kan? Kalau raya paling obvious! Kalau dia orang dengan sedara-mara sembang dekat dapur, bila mak aku masuk je, semua senyap. Semua terus keluar topik dan keluar dapur. Tinggallah mak aku dengan aku buat kerja dapur. Mak aku pernah cakap dekat aku mcm ni. Agaknya mama memang ada penyakit berjangkit kan, sebab mama masuk dapur je semua lari.

Ya Allah sedih aku dengar masa mak aku cakap macam tu. Mak aku memang dah selalu terasa hati dengan family ni. Sebab masing-masing buat kami mcm kuli.Kerja dapur bukan sikit tapi banyak, sebab mereka ni family besar. So kalau dapat rest masa raya memang heaven! Jadi aku dengan sedara-mara memang tak rapat sangat, sbb aku selalu berkepit dengan mak aku.

Kami tak boleh nak luahkan masalah ni dkt abah sebab abah jenis yg sayangkan anak2 dia, so dia lebih dengar ckp anak dia berbanding ckp isteri. Aku pernah mintak izin dengan mak aku, aku nak cakap apa yg aku tak puas hati dekat abah, tapi mak aku tak bagi sebab takut jadi gaduh dan takut abah sakit jantung.

Aku pun fikir benda yg sama, kalau gaduh, aku mesti kalah sebab aku minoriti dan mereka majoriti. Jadi aku tahan tapi kekadang terlepas jugak cakap depan abah. Hahaha.

Pernah sekali tu, dia orang invite aku masuk group whats app family, masa awal-awal aku excited and sukalah, but then dia orang tak invite mak aku langsung. Abah ada dalam group tu tapi dia tak suruh pun abang akak aku invite mak aku. Masa awal-awal group tu ada memang bising, tapi after a few days group tu senyap.

Aku curious, so aku senyap-senyap buka phone akak aku, aku tengok whats app group dia. Memang betul apa yg aku syak. Diorg buat lagi satu group without aku. Dekat situ memang sembang memacamlah. Malas nak baca and surprisingly abah pun ada dalam group tu.Hahaha macam bangang je. Baik tak payah invite aku dari awal.

Akhirnya aku left group family tu untuk bagi kemudahan buat dai orang nak sembang kencang tanpa adanya aku di dalam group tersebut.

Bila aku masuk universiti tak ada seorang pun yg sudi nak tolong aku angkat barang. Teman hantar pun sebab abah yg suruh. Hahaha. Nampak sangat tak ikhlas.

Aku angkat beg dengan storage box yg entah berapa kilo daripada ground floor smpai tingkat tiga (takde lif) sendiri naik tangga. Lihatlah bertapa seksanya aku, akak aku yg datang teman pun duduk dlm kereta je.

Kekadang aku fikir, bila dia orang masuk univerisiti mak aku dengan aku datang hantar dan support, siap tolong angkat barang sekali sama-sama. Tapi bila turn aku semua buat tak tau. Kalau tngok kawan aku yang lain yang ada akak atau abang tu mcm best je. Tolong angkatkan barang, kongsi cerita dengan masalah sama-sama, tolong bagi nasihat pasal masalah kita.

Tapi tak bagi aku, aku buat semua sendiri. Mak aku pun faham dan tak mengharapkan anak tiri dia sangat dan sama mcm aku. Selagi boleh buat kami cuba sedaya upaya.

Sebabkan dugaan yang Allah SWT bagi ni memang menguji perasaan ,jiwa, mental dan hati. Bila aku dah besar benda ni dah jadi alah bisa tegal biasa buat aku. Kekadang bila kena tindas macam ni, aku dengan mak aku buat benda ni sebagai bahan lawak kita orang sebab kita orang dah penat nak fikir. Bila kita fikir lagi sakit hati dan dia orang lagi suka hati. Solusinya buat muka tak ada perasaan.

Jadi tak semestinya semua mak tiri dekat dunia ni jahat, ada je yg baik dan tak tamakkan harta, so cubalah ubah pemikiran kita ni. Buat korang yg ada mak tiri tu janganlah kejam sangat. Kesian dekat diorang, mereka pun ada perasaan.

Taraf,darjat dan mulia seorang mak tiri dgn mak kandung adalah sama, merekalah yang menjaga kita, jadi mereka sepatutnya dihormati dan dilayan dengan baik.

Jangan asyik fikir mak tiri tu jahat, kejam, bengis dn sebagainya. Kekadang benda boleh jadi yang sebaliknya. Sebagai pengajaran sahaja. Stay positive babeyh!

Ema

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rqbthG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Mak Tiri Kena Buli

Itulah artikel Mak Tiri Kena Buli Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Mak Tiri Kena Buli dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/mak-tiri-kena-buli.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mak Tiri Kena Buli"

Catat Ulasan

Loading...