Tajuk : Bonus Hari Raya 2017 Kakitangan Awam RM1,000?
link : Bonus Hari Raya 2017 Kakitangan Awam RM1,000?
Bonus Hari Raya 2017 Kakitangan Awam RM1,000?
Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata beliau berharap jumlah imbuhan bonus itu pada tahun 2017 ini lebih tinggi berbanding RM500 yang diberikan tahun lepas bagi meringankan kos sara hidup yang meningkat dan harga barang yang tidak menentu.
"Kita tahu kalau penjawat awam tiada insentif berkenaan belum tentu pada malam raya pun boleh beli baju raya lagi.
"Ini satu perkara penting buat penjawat awam menjelang ketibaan Aidilfitri nanti," katanya kepada pemberita.
Katanya lagi, beliau akan berjumpa dengan pihak kerajaan mengenai permohonan bayaran bonus CUEPACS untuk bantuan kewangan itu bagi penjawat awam dalam masa terdekat.
Dalam pada itu, beliau menafikan laporan yang viral di media sosial yang mendakwa CUEPACS memohon umur persaraan penjawat dilanjutkan sehingga 65 tahun berbanding 60 tahun pada masa ini.
Kenyataan itu ternyata dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan menyebarkannya di media sosial, katanya.
Tahun 2016 lalu, kerajaan mengumumkan pemberian bonus Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam dan RM250 kepada 743,000 pesara kerajaan sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.
8nota editor: keputusan pemberian bonus raya 2017 akan dikemaskini selepas mendapat pengesahan dari pihak berkenaan.
BACA INI JUGA: Jumlah Penjawat Awam Malaysia 500,000 Bukannya 1.6 Juta!
sumber: kosmo
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rXneKf
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Bonus Hari Raya 2017 Kakitangan Awam RM1,000?
Anda sedang baca artikel Bonus Hari Raya 2017 Kakitangan Awam RM1,000? dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/bonus-hari-raya-2017-kakitangan-awam.html
0 Response to "Bonus Hari Raya 2017 Kakitangan Awam RM1,000?"
Catat Ulasan