Loading...

Ini Rahsia Raja Salman Derma 250 Tan Kurma Ke Indonesia

Loading...
Ini Rahsia Raja Salman Derma 250 Tan Kurma Ke Indonesia - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ini Rahsia Raja Salman Derma 250 Tan Kurma Ke Indonesia, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ini Rahsia Raja Salman Derma 250 Tan Kurma Ke Indonesia
link : Ini Rahsia Raja Salman Derma 250 Tan Kurma Ke Indonesia

Baca juga


Ini Rahsia Raja Salman Derma 250 Tan Kurma Ke Indonesia


JAKARTA – Ada alasan unik mengapa pihak kerajaan Arab Saudi memilih kurma sebagai bantuan istimewa kepada rakyat miskin di seluruh Indonesia menjelang bulan Ramadan pada kali ini.

Malahan ini julung kali Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud memberi sumbangan sebanyak 250 tan buah tersebut khusus kepada Indonesia selain kepada beberapa buah negara Islam termasuk jirannya, Malaysia.

Duta Besar Arab Saudi ke Indonesia, Osama Muhammad Al-Shuaibi ketika ditemui media tempatan di sini baru-baru ini mendedahkan rahsia cerita derma tersebut yang tiada sesiapa pun tahu waima Presiden Joko Widodo.

Ujar beliau, kisahnya bermula apabila baginda mendapat ilham untuk memberikan kurma sebagai bantuan setelah teringat reaksi sebuah keluarga daif di Bogor ketika kunjungan rasmi Raja Salman ke Indonesia beberapa bulan lalu.

“Idea sumbangan makanan kering ini bermula apabila ada keluarga di Bogor yang ketika diberikan kurma oleh baginda sendiri, mereka menitis air mata menangis kegembiraan. Inilah sebab kurma dipilih,” jelas Osama.

Beliau membuka rahsia kisah menyayat hati itu ketika mengadakan pertemuan rasmi dengan Menteri Sosial Indonesia, Khofifah Indar Parawansa di Kedutaan Besar Arab Saudi, di Kuningan, Jakarta Selatan baru-baru ini.

Selain itu, kurma dijadikan pilihan kerana buah itu mengandung gizi yang baik bagi tubuh manusia, khususnya ketika seseorang sedang berpuasa. Menjamah kurma ketika berbuka juga merupakan sunah Nabi Muhammad SAW.

“Ini secara kebetulan adalah makanan sunah Rasulullah SAW apabila berbuka diawalkan dengan kurma. Ia juga berkhasiat dan sangat bagus terhadap orang yang penat bekerja ketika puasa seharian suntuk,” ujar Osama.

Selain diserahkan kepada Kementerian Sosial dan pelbagai organisasi Islam tempatan, pihak Kedutaan Besar Arab Saudi juga akan mengagihkan kurma tersebut terus kepada masjid-masjid tertentu yang berada di luar Jakarta.

“Kami juga akan hantar ke wilayah Papua, Lombok dan Insya Allah, kami akan cari lebih banyak lagi kurma yang dapat dinikmati pada bulan Ramadan untuk memulakan berbuka puasa dengan menikmati kurma,” terang Osama.

Selain Indonesia, Arab Saudi juga mengirimkan bantuan kepada negara sahabat antaranya Afghanistan, Bangladesh, Pakistan dan Malaysia namun jumlahnya tidak sebanyak Indonesia yang paling besar menerima sumbangannya.

“Sebanyak 50 tan untuk Kementerian Sosial manakala 200 tan lagi, kita akan serah kepada Nahdhatul Ulama dan Muhammadiyah serta pelbagai pihak dikenal pasti,” terang Osama. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rnA7Ay

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Ini Rahsia Raja Salman Derma 250 Tan Kurma Ke Indonesia

Itulah artikel Ini Rahsia Raja Salman Derma 250 Tan Kurma Ke Indonesia Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ini Rahsia Raja Salman Derma 250 Tan Kurma Ke Indonesia dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/ini-rahsia-raja-salman-derma-250-tan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ini Rahsia Raja Salman Derma 250 Tan Kurma Ke Indonesia"

Catat Ulasan

Loading...