Tajuk : Bot KD Perdana hilang: TLDM lancar Carilamat
link : Bot KD Perdana hilang: TLDM lancar Carilamat
Bot KD Perdana hilang: TLDM lancar Carilamat
TLDM dalam kenyataan memaklumkan bot Boarding Team milik Kapal Diraja (KD) Perdana yang membawa bersama seorang pegawai dan lapan orang Laskar Kanan itu KD Perdana terputus hubungan pada 1 petang.
"Op Carilamat telah dibuat tetapi tidak membuahkan hasil maka TLDM mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar perairan Sedili semalam bagi memperluaskan SAR menggunakan aset Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Persatuan Nelayan Sedili.
BACA: TLDM sahkan bot KD Perdana hilang di Perairan Sedili"Antara aset yang terlibat adalah KD Perdana, KD Perkasa, KD Pendekar, KD Handalan, KD Terengganu, KD Kelantan, bot Pengalang 39, bot Kilat 16, sebuah helikopter Super Lynx dan sebuah pesawat Fennec," katanya.
Bot berkenaan kali terakhir dilihat pada jarak 29 batu nautika di Timur Tanjung Sedili Besar sebelum terputus hubungan.
Keadaan cuaca di sekitar kawasan ketika kejadian adalah baik dengan ketinggian ombak satu hingga satu setengah meter manakala kelajuan angin antara 20 hinga 30 kilometer sejam (km/j).
"Dipercayai bot dan Boarding Team berlindung di dataran terhampir atau di bot nelayan yang berada di sekitar perairan Sedili," katanya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r7FxPU
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Bot KD Perdana hilang: TLDM lancar Carilamat
Anda sedang baca artikel Bot KD Perdana hilang: TLDM lancar Carilamat dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/bot-kd-perdana-hilang-tldm-lancar.html
0 Response to "Bot KD Perdana hilang: TLDM lancar Carilamat"
Catat Ulasan