Tajuk : TLDM sahkan bot KD Perdana hilang di Perairan Sedili
link : TLDM sahkan bot KD Perdana hilang di Perairan Sedili
TLDM sahkan bot KD Perdana hilang di Perairan Sedili
TLDM dalam kenyataan hari ini berkata bot berkenaan diketuai seorang pegawai dan lapan anggota Laskar Kanan ke bawah yang melaksanakan rutin rondaan maritim di kawasan perairan negara.
"Op Carilamat telah dibuat tetapi tidak membuahkan hasil maka TLDM mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar perairan Sedili semalam bagi memperluaskan SAR menggunakan aset Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Persatuan Nelayan Sedili."Antara aset yang terlibat adalah KD Perdana, KD Perkasa, KD Pendekar, KD Handalan, KD Terengganu, KD Kelantan, bot Pengalang 39, bot Kilat 16, sebuah helikopter Super Lynx dan sebuah pesawat Fennec," kata TLDM dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, bilik operasi Carilamat telah ditubuhkan di Markas Wilayah Laut 1, Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan.
"Dipercayai bot dan Tim Menggeledah berlindung di dataran terhampir atau di bot nelayan yang berada di sekitar perairan Sedili," katanya. - BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rGHtM4
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article TLDM sahkan bot KD Perdana hilang di Perairan Sedili
Anda sedang baca artikel TLDM sahkan bot KD Perdana hilang di Perairan Sedili dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/tldm-sahkan-bot-kd-perdana-hilang-di.html
0 Response to "TLDM sahkan bot KD Perdana hilang di Perairan Sedili"
Catat Ulasan