Loading...
Tajuk : DAP pegang tangan Umno tapi tak kena serang, keluh PAS
link : DAP pegang tangan Umno tapi tak kena serang, keluh PAS
DAP pegang tangan Umno tapi tak kena serang, keluh PAS
MALAYSIAKININaib Presiden PAS Idris Ahmad mengeluh mengenai apa yang beliau percaya sebagai pilih kasih apabila berbicara tentang hubungan parti Islam itu dengan Umno.
Beliau berkata, pemimpin DAP boleh pula berpegangan tangan dengan para pemimpin Umno tanpa ada sesiapa yang menuduh parti itu bersekongkol dengan Umno.
"Jika ada gambar pemimpin PAS bersama dengan pemimpin Umno walau pun minum teh atau bersama dengan program kerajaan terus dituduh hendak masuk Umno.
"Pantang lihat gambar pemimpin kerajaan Kelantan bersama dengan kerajaan pusat terus mengatakan PAS sudah bersama dengan Umno. Jika ada pemimpin DAP, bukan sekadar minum malahan berlaga perut dan berpegang tangan tidak ada masalah," kata Idris dalam kenyataan semalam.
Walaupun Idris tidak menyebut sebarang nama, ia dipercayai merujuk kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang diketahui mempunyai hubungan yang rapat di sebalik latar belakang politik.
Kedua-dua mereka berpegangan tangan semasa pelancaran Rainbow Skywalk di Pulau Pinang tahun lalu.
Thus Article DAP pegang tangan Umno tapi tak kena serang, keluh PAS
Itulah artikel DAP pegang tangan Umno tapi tak kena serang, keluh PAS Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel DAP pegang tangan Umno tapi tak kena serang, keluh PAS dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/dap-pegang-tangan-umno-tapi-tak-kena.html
0 Response to "DAP pegang tangan Umno tapi tak kena serang, keluh PAS"
Catat Ulasan