Loading...

Pas pula tuduh Pakatan Harapan talian hayat Umno-BN

Loading...
Pas pula tuduh Pakatan Harapan talian hayat Umno-BN - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pas pula tuduh Pakatan Harapan talian hayat Umno-BN, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pas pula tuduh Pakatan Harapan talian hayat Umno-BN
link : Pas pula tuduh Pakatan Harapan talian hayat Umno-BN

Baca juga


Pas pula tuduh Pakatan Harapan talian hayat Umno-BN

 ARIF ATAN

Idris Ahmad Idris Ahmad Lantang menyerang Pakatan Harapan, Naib Presiden Pas Idris Ahmad menuduh gabungan Amanah, PKR, DAP dan Bersatu itu pula sebagai penyambung Umno-BN untuk terus berkuasa.

Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, Pas sudah menentang Umno selama 66 tahun sejak BN dikenali sebagai Perikatan lagi.

"13 kali PRU di negara ini, cuma sekali sahaja Pas tidak lawan Umno, iaitu pada tahun 1974.
Sekarang pemimpin Pakatan Harapan menuduh Pas hendak bersama BN di dalam PRU 14.

"Hakikatnya mereka yang melawan kerusi tradisi Pas yang melawan Umno. Mereka yang menjadi talian hayat Umno BN. Ini jenis politik apa yang kita hendak namakan," soalnya.

Beliau juga menganggap dakwaan Pas sebagai punca jika BN memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebagai paling melucukan.

Tanggapan Pas menyertai Umno yang kerap disebut dalam program Pakatan Harapan, ujarnya, merupakan modal lapuk.

"Inilah modal lapuk. Apabila mereka berceramah sahaja. Selepas Assalamualaikum, 'Pas hendak masuk Umno'. Inilah tag line yang paling popular.

"Paling kelakar sekali menuduh Pas, sekiranya BN menang PRU14, semuanya berpunca daripada Pas kerana Pas tidak mahu sertai Pakatan Harapan.

"Belum menang sudah tidak demokratik. Kalau menang nanti apa hendak jadi dengan negara ini," bidas Idris lagi dipetik daripada tulisannya yang disiar penuh di laman web rasmi Pas, Harakahdaily.



Thus Article Pas pula tuduh Pakatan Harapan talian hayat Umno-BN

Itulah artikel Pas pula tuduh Pakatan Harapan talian hayat Umno-BN Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pas pula tuduh Pakatan Harapan talian hayat Umno-BN dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/pas-pula-tuduh-pakatan-harapan-talian.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pas pula tuduh Pakatan Harapan talian hayat Umno-BN"

Catat Ulasan

Loading...