Tajuk : Diana Danielle Impi Lancar Album, Buka Produksi Sendiri
link : Diana Danielle Impi Lancar Album, Buka Produksi Sendiri
Diana Danielle Impi Lancar Album, Buka Produksi Sendiri
Biarpun sudah sekian lama terlibat dalam dunia seni, namun bagi Diana Danielle Danny Beeson, 26, masih banyak lagi perancangan yang belum dicapai berkaitan dengan karier seninya.
Memetik laporan Sinar Harian, isteri kepada pelakon Farid Kamil ini berkata untuk karier nyanyian dia mengimpikan untuk melancarkan album. Sementara di dunia lakonan, dia mahu menulis dan menerbitkan sendiri drama atau filem.
“Kalau ditanya apa perancangan saya, untuk karier nyanyian, saya memang mengimpikan untuk mengeluarkan album.
“Kalau karier lakonan, saya mahu berganjak ke satu fasa baru di mana saya mahu menulis dan menerbitkan sendiri drama atau filem.
“Ia tentulah diikuti dengan pembukaan syarikat produksi sendiri.
“Tapi saya tak mahu lakukan dengan gelojoh. Bagi saya, apa sahaja yang saya lakukan sekarang, saya masih lagi bertatih, belajar.
“Kerana tempoh pembelajaran itu bukan ambil masa yang sekejap saya. Saya tak mahu terburu-buru melakukan dan akhirnya hasilnya tidak seberapa.
“Biar kita belajar, cari identiti sebenar, perbaiki segala kelemahan, sebelum kita melangkah ke peringkat seterusnya,” jelasnya kepada Media Hiburan.
Tambah ibu anak dua ini lagi, andai suatu hari nanti dia benar-benar bersedia bergelar penerbit dan penulis skrip, Diana tidak mengelak jika berpeluang bekerjasama dengan Farid. Namun buata masa ini akuinya, dia lebih selesa jika tidak terlalu bergandingan dengan suaminya itu.
“Ia mungkin akan menjadi sebahagian daripada perancangan. Tapi buat masa ini kami masih banyak lagi komitmen lain.
“Malah saya rasa buat masa ini, saya lebih selesa menjadi tulang belakang Farid. Begitu juga dengan lakonan, saya tak mahu untuk terlalu bergandingan dengan dia dalam lakonan.
“Sebab saya mahu bila kami berjumpa, masih ada kemanisan, masih ada rasa rindu. Pendek kata, ini cara kami dalam bekerja dan kami tidak mengelak untuk bekerjasama, cuma mengurangkan sahaja,” ujarnya
Dalam perkembangan lain, Diana baru sahaja tampil dengan single terbaru, Tentang Kita.
The post Diana Danielle Impi Lancar Album, Buka Produksi Sendiri appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rmG27S
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Diana Danielle Impi Lancar Album, Buka Produksi Sendiri
Anda sedang baca artikel Diana Danielle Impi Lancar Album, Buka Produksi Sendiri dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/diana-danielle-impi-lancar-album-buka.html
0 Response to "Diana Danielle Impi Lancar Album, Buka Produksi Sendiri"
Catat Ulasan