Loading...

Filipina Hab Baharu Daesh

Loading...
Filipina Hab Baharu Daesh - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Filipina Hab Baharu Daesh, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Filipina Hab Baharu Daesh
link : Filipina Hab Baharu Daesh

Baca juga


Filipina Hab Baharu Daesh


MARAWI: Pembabitan warga asing dalam pertempuran dengan tentera di selatan Filipina, minggu lalu membuktikan negara itu kini menjadi hab Asia kumpulan militan Daesh.

Pakar keselamatan berkata, 40 orang daripada 500 pemberontak yang menawan bandar di pulau Mindanao itu, Selasa lalu, adalah warga asing, termasuk dari Asia Barat.

Rohan Gunaratna dari Institut Kajian Antarabangsa S Rajaratnam Singapura, berkata mereka termasuk rakyat Indonesia, Malaysia, Pakistan, Arab Saudi, Chechen, Yaman, India, Maghribi dan Turki.

"Daesh semakin surut di Iraq dan Syria. Ia kini berkembang di Asia Tenggara dan Filipina menjadi pusatnya," katanya.

Gunaratna berkata, penyelidikan institusinya mendapati lapan daripada 33 militan yang terbunuh dalam empat hari pertama pertempuran itu adalah warga asing.

Menurut maklumat perisikan dilihat Reuters, pihak berkuasa di Jakarta percaya 38 rakyatnya berkunjung ke selatan Filipina untuk menyertai kumpulan sekutu Daesh dan kira-kira 22 daripadanya menyertai pertempuran di sini.

Bagaimanapun, sumber penguat kuasa undang-undang Indonesia berkata, jumlah sebenar rakyatnya yang terbabit dalam pertempuran itu mungkin lebih daripada 40 orang.

Pertempuran di bandar ini bermula dengan serbuan tentera untuk menangkap Isnilon Hapilon, pemimpin Abu Sayyaf.

Abu Sayyaf dan kumpulan baharu, Maute, yang berikrar taat setia dengan Daesh berjuang bersama di sini, membakar hospital dan gereja serta menculik paderi Katolik.

Pertempuran di bandar itu menyebabkan Presiden Filipina Rodrigo Duterte melaksanakan undang-undang tentera di seluruh pulau Mindanao, kawasan sebesar Korea Selatan dengan 21 juta penduduk. - REUTERS


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2riI7jo

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Filipina Hab Baharu Daesh

Itulah artikel Filipina Hab Baharu Daesh Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Filipina Hab Baharu Daesh dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/filipina-hab-baharu-daesh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Filipina Hab Baharu Daesh"

Catat Ulasan

Loading...