Tajuk : Fenomena K S C W E R
link : Fenomena K S C W E R
Fenomena K S C W E R
Awark darh makarn?
Ecok kitew poce dah. Maap salarh shilap.
Aque tark shuke diew.
Korang dapat baca dan faham ayat-ayat sebelum ni?Kalau korang dapat baca,kiranya korang memang terbaikkkkk!!Hahahhaa
Aku ingatkan dah zaman 2017 ni,ejaan-ejaan macam ni tak wujud lagi.
Tapi ternyata aku silap.
Ejaan-ejaan atau bahasa alaf baru ni masih wujud lagi.
Yang buat aku jadi lagi sedih,ejaan-ejaan macam ni digunakan oleh makcik-makcik yang berumur 40 tahun ke atas. Sampai kadang-kadang aku jadi malu nak baca.
Bukan makcik-makcik je,tapi kawan-kawan pejabat aku yang mana pangkatnya tinggi-tinggi belaka pun gunakan bahasa macam ni.
Aku rasa sedih sebab orang kita sendiri yang merosakkan bahasa kita.
Sedangkan dekat negara luar,mereka begitu tekankan bahasa mereka.
Macam mana mereka kekalkan bahasa mereka untuk panduan generasi akan datang.
Bagi aku, budaya ni memang serius.Aku pernah jadi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) dan masa aku tanda karangan pelajar,perkataan-perkataan atau ejaan-ejaan pelik ni menjadi kosa kata dalam karangan mereka. Mereka terbawak-bawak sampaikan dalam karangan pun tetap tulis gaya bahasa macam tu.Huhuhu.
Kalau daripada sekarang kita tak bendung budaya ni,kelak jadi satu kebiasaan pada masyarakat kita.
Maka,tak hairan lah kalau suatu hari nanti akan terjadi sitausi,
Hilanglah bahasa, lenyaplah bangsa
Tidak menjadi kesalahan pun andai kalian menggunakan bahasa yang betul.
Kalau nak buat singkatan sekalipun, buatlah singkatan yang mudah di fahami.
Aku pernah jadikan topik ni sebagai bualan antara aku dan kawan-kawan.
Antara komen-komen yang aku dapat.
1.Habistu, kau nak suruh aku buat surat kiriman rasmi bila balas SMS????
2.Kahkah.Rilek lah weyyy.Benda seronok-seronok je pun.Nak serius mende??
3.Woo!Skema betul nak balas SMS guna bahasa melayu
4.Dan macam-macam lagi
Aku dapat kesedaran pentingnya bahasa ni bila aku masuk Matrikulasi. Pensyarah aku cukup tekankan peranan bahasa ni. Sampaikan kalau ada pelajar yang bertanyakan soalan dengan ejaan-ejaan macam tu, secara automatiknya pensyarah aku akan padamSMS tu. Yang lagi dahsyat pensyarah aku akan screenshot kemudian tayangkan mesej tu waktu kuliah. Walaupun pensyarah aku pensyarah subjek kimia,tetapi dia tetap tekankan peranan bahasa.
Jom martabatkan bahasa! Gunakan bahasa yang betul ^___^
Wardina Humaira
Sumber & Kredit: iiumc
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rMQ3Mr
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Fenomena K S C W E R
Anda sedang baca artikel Fenomena K S C W E R dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/fenomena-k-s-c-w-e-r.html
0 Response to "Fenomena K S C W E R"
Catat Ulasan