Loading...

Ibu Angkatku

Loading...
Ibu Angkatku - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ibu Angkatku, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ibu Angkatku
link : Ibu Angkatku

Baca juga


Ibu Angkatku

Ibu Angkatku

Assalamualaikum, sejak dua menjak ni banyak cerita tentang kehebatan dhuha & sedekah yang dijadikan amalan. Di Sini ingin aku kongsi kisah amalan ibu angkatku. Kehadiran ibu angkat dalam hidupku ini aku anggap juga sebagai hadiah dari Allah kerana aku pernah berdoa meminta Allah hadirkan dalam hidupku seseorang yang benar-benar menyayangi dan mengasihiku sepenuh hatinya. Ibu angkatku tinggalnya di Belanda sejak 45 tahun yang lalu kerana mengahwini rakyat sana. Suaminya telah meninggal dunia. Dia pulang di Malaysia setahun sekali dan akan menetap hanya 5 bulan di sini, Punca dia menjadi ibu angkatku disebabkan rumahnya yang dibeli di Malaysia berdekatan dengan rumahku dan kami menjadi akrab sejak pertama kali berjumpa dan sehingga sekarang.

Sepanjang mengenalinya, perkara yang wajib yang dilakukan hari-hari adalah menunaikan solat dhuha, sekiranya aku mengajak keluar awal pagi dia akan pastikan sebelum keluar rumah mesti solat dhuha dahulu. Dia akan menelifon aku hari-hari dan perbualan kami selalunya berakhir kerana dia hendak menunaikan solat dhuha. Rasanya dah berpuluh tahun dia menunaikan solat dhuha. Dia bukanlah kaya, hanya hidup dengan pencen 1400 euro sebulan, dengan duit itulah dia menyara hidupnya di sana. Dia selalu bagitau aku yang dia tak pernah simpan duit, sebab duit yang ada dia selalunya akan beri sedekah pada anak yatim, orang miskin terutamanya di Indonesia. Tetapi aku tengok hidup dia ni memang macam orang banyak duit selalu je bercuti pergi kemana sahaja bole berbelanja itu ini, sebab dia selalu wssp aku gambar dan aktiviti dia. yang pelik juga setahun sekali boleh pulang Malaysia, selalu buat kenduri besar-besaran sedekah orang kat Malaysia makan, kalau nak kata beli kain baju anak beranak aku sedara mara dia tak usah cakap la, sampai aku sekat-sekat dia bila time shopping. Sampai satu ketika duit dia habis sebab asyik bagi kat orang n sedara mara dia yang miskin kat sini. Tapi sedikit pun dia tak pernah risau sebab dia yakin rezeki Allah yang beri.

Masa duit dia habis depan mata aku dia mintak sikit duit dekat kenalan dia dari Indonesia yang menetap di belanda kerana dia pernah bantu orang tu tinggal sementara dengannya di Belanda sehingga berjaya menjadi warganegara belanda. Dia cuma minta 100 euro tapi orang tu bagi 1000 euro katanya sebab dah lama tak bagi ibu angkat aku ni duit. Aku sendiri yang pergi isikan borang western Union dan tolong ambilkan duit tu, bila dah tukar duit Malaysia dah jadi rm4000 la. Aku pernah Tanya kenapa murah hati sangat, dia cakap kat aku sebab Allah juga murah hati padanya, bila dia selalu sedekah orang ramai orang sedekah pada dia, dia kata di belanda ada beratus2 pakaian yang orang hadiah pada dia masih belum di pakai, sekali dia tunjuk kat aku bukan sebarang pakaian jubbah n tudung turki, arab, magribhi, Indonesia tak usah cakap aku pun dibagi juga. Nak cerita kisah dia ni memang banyak, tapi tak sempat, aku rasa apa yang dia dapat rezeki dan kasih sayang melimpah adalah kerana rajinnya dia bersedekah dan solat dhuha.

Jiwa yang tenang

Jiwa yang tenang

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rMEKnu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Ibu Angkatku

Itulah artikel Ibu Angkatku Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ibu Angkatku dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/ibu-angkatku.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ibu Angkatku"

Catat Ulasan

Loading...