Tajuk : FITNAH JEJAS REPUTASI ISTERI PM: RIZAL
link : FITNAH JEJAS REPUTASI ISTERI PM: RIZAL
FITNAH JEJAS REPUTASI ISTERI PM: RIZAL
BELGAUM – INDIA . Datin Seri Rosmah Mansor tidak lekang daripada fitnah dan pelbagai tuduhan yang kadang-kala tidak masuk akal dengan niat memburuk-burukkan isteri perdana menteri itu.
Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor berkata, Rosmah sejak awal pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mula dihujani pelbagai fitnah dan tohmahan lebih-lebih lagi di media sosial.
Lebih malang katanya, ramai yang percaya pada fitnah dan tohmahan tersebut tanpa usul periksa sehingga menjejaskan reputasi Rosmah di kalangan rakyat.
“Masyarakat tidak sepatutnya percaya dengan pelbagai fitnah dilemparkan terhadap Datin Seri Rosmah Mansor kerana ia palsu dan tidak berasas serta tidak disokong dengan bukti kukuh, malah memutar-belit fakta,” katanya.
Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 300 pelajar Malaysia di India di Jawaharlal Nehru Medical College dalam forum bertemakan Hindari Fitnah Media Sosial anjuran Kelab Umno Luar Negara India, Mara dan Persatuan Sahabat Karya Malaysia.
Turut hadir Konsul Jeneral Malaysia di Chennai, Ahmad Fajarazam Abdul Jalil; Pengarah Mara di Indonesia dan India, Zuliana Haslinda Anhar Zubir dan Setiausaha Akhbar Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ruhaidini Abdul Kadir.
Rizal menjelaskan satu-persatu tohmahan dan fitnah dikaitkan Rosmah antaranya guna jet kerajaan untuk bercuti, boros berbelanja, sering campur tangan pentadbiran Najib dan sebagainya.
Tegasnya, sesiapa yang kenal rapat isteri perdana menteri akan mengetahui bahawa beliau sebenarnya tidak pernah ambil kisah fitnah terhadapnya.
“Bayangkan kalau ahli keluarga kita yang jadi serangan fitnah bertali arus seperti yang dihadapi Rosmah?,” soalnya.
Rizal berkata, beliau turut bimbang sekiranya pelajar di luar negara lebih mempercayai berita yang disebarkan melalui media sosial tanpa usul periksa tanpa merujuk media-media utama di Malaysia.
– SH
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qY2DaN
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article FITNAH JEJAS REPUTASI ISTERI PM: RIZAL
Anda sedang baca artikel FITNAH JEJAS REPUTASI ISTERI PM: RIZAL dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/fitnah-jejas-reputasi-isteri-pm-rizal.html
0 Response to "FITNAH JEJAS REPUTASI ISTERI PM: RIZAL"
Catat Ulasan