Loading...

Gugur selepas dirompak pemandu Uber

Loading...
Gugur selepas dirompak pemandu Uber - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Gugur selepas dirompak pemandu Uber, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Gugur selepas dirompak pemandu Uber
link : Gugur selepas dirompak pemandu Uber

Baca juga


Gugur selepas dirompak pemandu Uber




Norlaile Abd Rahman

PETALING JAYA- Seorang wanita yang dirompak oleh pemandu Uber dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Puchong dekat sini pada 21 Mei lalu kini mengalami keguguran.

Pembantu jualan, Wong Mei Yan, 26, yang sedang mengandung sebulan mengalami keguguran selepas seminggu insiden tersebut berlaku.

Katanya, dia akan mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat e-hailing itu kerana telah menyebabkan tekanan emosi dan kehilangan anak dalam kandungan akibat kejadian tersebut.

Mei Yan membuat tempahan untuk balik ke rumahnya menerusi aplikasi Uber sekitar jam 9.30 malam dan dia mendakwa tidak perasan ada seorang lagi penumpang di kerusi penumpang hadapan ketika itu.

Dia juga tidak perasan yang pemandu berkenaan mempunyai ranking yang rendah.

Apa yang diingati Mei Yan, dia mula sedar ada seorang lagi penumpang lelaki yang bertubuh kecil dan kurus apabila pemandu berkenaan mula bercakap dengan lelaki berkenaan.

Katanya, dia tidak bercakap dengan pemandu tersebut sehingga pemandu berkenaan mula mengikut jalan yang salah walaupun Mei Yan sudah menunjukkan arah.

Apabila mereka tiba di pusat perniagaan One Puchong, penumpang yang duduk di hadapan itu mengeluarkan pisau kepada Mei Yan dan meminta dia menyerahkan semua barang berharga.

Mei Yan merayu supaya tidak diapa-apakan kerana dia sedang mengandung dan kedua penjenayah tersebut meninggalkannya di Koi Kinrara sebelum dia dibantu oleh pengguna jalan raya lain yang membawanya ke balai polis berdekatan.

Polis telah menahan pemandu Uber tersebut di R&R Pagoh, Muar di Johor pada 24 Mei lalu.-MalaysiaGazette



Thus Article Gugur selepas dirompak pemandu Uber

Itulah artikel Gugur selepas dirompak pemandu Uber Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Gugur selepas dirompak pemandu Uber dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/gugur-selepas-dirompak-pemandu-uber.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Gugur selepas dirompak pemandu Uber"

Catat Ulasan

Loading...