Loading...

Kisah Tragik Suami Isteri Ajal Bersama

Loading...
Kisah Tragik Suami Isteri Ajal Bersama - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kisah Tragik Suami Isteri Ajal Bersama, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kisah Tragik Suami Isteri Ajal Bersama
link : Kisah Tragik Suami Isteri Ajal Bersama

Baca juga


Kisah Tragik Suami Isteri Ajal Bersama


MUHAMMAD Jabrullah Yahya, 27, dan Nur E’Ezati Md. Sofri, 27, baru sahaja berkahwin sekitar September tahun lalu, namun semalam mereka menemui ajal bersama.

Insiden menyayat hati itu berlaku selepas motosikal yang ditunggang dirempuh pacuan empat roda di Kilometer 4.9 Lebuh Raya Maju (MEX), berhampiran Plaza Tol Salak Selatan menghala Putrajaya, 5 petang kelmarin.

Lebih memilukan, Nur E’Ezati dikatakan mengandung anak sulung. Suami isteri itu adalah kakitangan Hospital Pakar KPJ Tawakkal di Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Nadzri Hussain berkata, motosikal mangsa dirempuh di lorong kecemasan MEX.

“Ini menyebabkan mereka berdua tercampak ke penghadang besi di sebelah kiri lebuh raya. Manakala motosikal mangsa diseret sejauh kira-kira 200 meter.

“Kejadian itu menyebabkan Jabrullah cedera parah di bahagian dada sementara E’Ezati cedera di kepala dan disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata, seorang saksi mendakwa kenderaan pacuan empat roda itu menggunakan lorong kecemasan lalu melanggar motosikal mangsa.

“Kedua-dua mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat,” katanya. – myMetro Online


Thus Article Kisah Tragik Suami Isteri Ajal Bersama

Itulah artikel Kisah Tragik Suami Isteri Ajal Bersama Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kisah Tragik Suami Isteri Ajal Bersama dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/kisah-tragik-suami-isteri-ajal-bersama.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kisah Tragik Suami Isteri Ajal Bersama"

Catat Ulasan

Loading...