Loading...
Tajuk : Ini Lagi Selamba… Bawa Anjing Lepak McDonalds
link : Ini Lagi Selamba… Bawa Anjing Lepak McDonalds
Ini Lagi Selamba… Bawa Anjing Lepak McDonalds
JOHOR BAHRU: Tindakan sekumpulan remaja membawa seekor anjing ketika berada di sebuah restoran makanan segera di Bukit Indah, di sini, disifatkan sebagai tidak menghormati sensitiviti umat Islam.
Gambar kumpulan remaja berkenaan yang dilihat berada di ruang lobi premis McDonald’s itu dirakam oleh seorang pengguna Facebook, Mohd Fairus Othman pada Ahad.
Menurut Fairus, dia yang pada ketika itu sedang memandu di lorong pandu lalu terkejut melihat tindakan kumpulan berkenaan lalu memberitahu hal tersebut kepada staf.
Reaksi netizen pula rata-rata menyalahkan pihak pengurusan McDonald’s kerana membiarkan sahaja kumpulan remaja berkenaan dan tidak kurang juga mengecam perbuatan remaja tersebut.
“Bebudak Cina kat Malaysia ni memang kurang ajar sikit bab-bab sensitiviti dengan bangsa lain. Diorang fikir bapak diorang punya jalan atau dalam kes ni diorang fikir Mcdonalds tu bapak diorang punya.
“Feel free to ‘ajar’ bebudak ni cara hormat dan respek masyarakat sekeliling sebab orang tua berbangsa Cina macam saya pun akan faham,” tulis How Hung Chong.
Sementara itu, maklum balas daripada McDonald’s Malaysia dalam satu kenyataan media meluahkan kekesalan dengan tindakan pelanggan terbabit ekoran melanggar peraturan dan mengganggu ketenteraman pelanggan lain.
“Tindakan dilakukan pelanggan terbabit melanggar kod kebersihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang melarang haiwan peliharaan berada di premis makanan, serta peraturan mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),” katanya.
Jelas kenyataan media itu lagi, McDonald’s Malaysia sentiasa menitikberatkan aspek kebersihan, keselamatan dan pematuhan Halal di semua premis.
Difahamkan, pengurusan restoran makanan segera itu telah menjalankan proses pembersihan (sertu) dengan serta-merta di ruang lobi luar dengan panduan daripada pengurusan masjid berhampiran. -MYNEWSHUB.CC
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rzmsGF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Ini Lagi Selamba… Bawa Anjing Lepak McDonalds
Itulah artikel Ini Lagi Selamba… Bawa Anjing Lepak McDonalds Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Ini Lagi Selamba… Bawa Anjing Lepak McDonalds dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/ini-lagi-selamba-bawa-anjing-lepak_29.html
0 Response to "Ini Lagi Selamba… Bawa Anjing Lepak McDonalds"
Catat Ulasan