Loading...
Tajuk : Berbatov Promosi Perlawanan Amal Guna Babak Filem The Godfather
link : Berbatov Promosi Perlawanan Amal Guna Babak Filem The Godfather
Berbatov Promosi Perlawanan Amal Guna Babak Filem The Godfather
Dimitiar Berbatov sentiasa akan dikenang sebagai antara penyerang yang cukup berjaya dalam saingan Premier League sama ada untuk Tottenham Hotspur atau pun Manchester United.
Tapi apa yang beliau lakukan sekarang?
Beliau kini sedang mempromosikan perlawanan amal beliau yang akan diadakan tidak lama lagi.
Perlawanan tersebut menyaksikan beliau akan menentang seorang lagi lagenda iaitu dari Portugal – Luis Figo.
Namun bagaimana caranya Berbatov mempromosikan perlawanan ini?
Caranya adalah dengan melakonkan semula satu babak dari filem trilogi terkenal iaitu The Godfather.
Berbatov amat meminati siri tersebut dengan beliau menggunakan filem trilogi tersebut sebagai cara beliau untuk mempelajari bahasa Inggeris dengan lebih mendalam sewaktu beliau kanak-kanak.
Dalam video promosi itu, beliau melakonkan watak sebagai Don Dimitore sambil dibantu oleh anak perempuannya iaitu Dea.
Dea dalam video ini menjadi seseorang yang sedang mencari untuk menonton perlawanan amal itu. Oleh kerana itu, Dea perlu menghadap Don Dimitore untuk mendapatkan tiket.
Apa yang menarik mengenai lakonan ini adalah tindakan Berbatov yang menggantikan kucing belaan Don Corleone dalam filem sebenar kepada trofi penjaring terbanyak Premier League yang pernah dimenangi beliau satu ketika dahulu.
Satu lakonan yang menarik dan pastinya menarik ramai peminat untuk ke perlawanan beliau! Tonton video lakonan beliau bersama anaknya di bawah.-Semuanya Bola
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s8n6Yx
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Berbatov Promosi Perlawanan Amal Guna Babak Filem The Godfather
Itulah artikel Berbatov Promosi Perlawanan Amal Guna Babak Filem The Godfather Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Berbatov Promosi Perlawanan Amal Guna Babak Filem The Godfather dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/berbatov-promosi-perlawanan-amal-guna.html
0 Response to "Berbatov Promosi Perlawanan Amal Guna Babak Filem The Godfather"
Catat Ulasan