Loading...

KBS ingin bincang hasrat PKBM pindah venue latihan

Loading...
KBS ingin bincang hasrat PKBM pindah venue latihan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk KBS ingin bincang hasrat PKBM pindah venue latihan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : KBS ingin bincang hasrat PKBM pindah venue latihan
link : KBS ingin bincang hasrat PKBM pindah venue latihan

Baca juga


KBS ingin bincang hasrat PKBM pindah venue latihan

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) perlu mengkaji secara mendalam dan berbincang dengan pelbagai pihak berhubung cadangan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) memindahkan pusat latihan skuad trek negara dari Melbourne, Australia ke Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata pihaknya tidak boleh terburu-buru dalam membuat keputusan memandangkan jaguh berbasikal negara, Mohd Azizulhasni Awang yang berpangkalan di negara 'Kanggaru' berkenaan, turut mendapat tajaan daripada pihak swasta selain masih berada di bawah Program Podium yang dikelolakan KBS.

"Sebahagian besar kos latihan (skuad trek negara) ditanggung oleh KBS walaupun Mohd Azizulhasni dan beberapa pelumba lain ada penaja peribadi tetapi program itu di bawah Program Podium," katanya ketika diminta mengulas isu berkenaan selepas majlis pengumuman Larian Sukan SEA 2017, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Khairy menegaskan keputusan KBS untuk menghantar beberapa pelumba trek elit negara menjalani latihan di Melbourne sejak beberapa tahun lepas disebabkan beberapa faktor termasuk jurulatih trek negara, John Beasley merupakan warga Australia serta pertandingan dan latihan di negara berkenaan disifatkan antara yang bertaraf dunia.

"Kalau kita terus pindah ke Malaysia tetapi kita masih lagi tidak ada ekosistem pertandingan yang berkualiti tinggi, jadi rugilah pelumba-pelumba kita sedangkan sewaktu mereka berada di sana (Australia), mereka sudah ada persekitaran latihan bertaraf dunia," katanya.

Sehubungan itu, Khairy menjelaskan pihaknya akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara dan Beasley sendiri bagi mencari jalan terbaik untuk memastikan semua pihak berkepentingan dapat meraih manfaat demi kebaikan untuk skuad trek negara.

Presiden PKBM Datuk Abu Samah Abdul Wahab sebelum ini dilaporkan mencadangkan penutupan program latihan skuad trek negara di Melbourne bagi tujuan penjimatan kos namun tidak dipersetujui oleh Mohd Azizulhasni yang menyifatkan latihan di Australia telah banyak membantunya meraih kejayaan di pentas antarabangsa.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qM9oMS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article KBS ingin bincang hasrat PKBM pindah venue latihan

Itulah artikel KBS ingin bincang hasrat PKBM pindah venue latihan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel KBS ingin bincang hasrat PKBM pindah venue latihan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/kbs-ingin-bincang-hasrat-pkbm-pindah_22.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "KBS ingin bincang hasrat PKBM pindah venue latihan"

Catat Ulasan

Loading...