Tajuk : Putrajaya, UPM pilihan lokasi stadium ragbi kekal - Khairy
link : Putrajaya, UPM pilihan lokasi stadium ragbi kekal - Khairy
Putrajaya, UPM pilihan lokasi stadium ragbi kekal - Khairy
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata kementeriannya dan Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) sedang mengadakan perbincangan lanjut mengenai kesesuaian tapak bagi tujuan itu.
"Setelah kita buat pertimbangan dan rundingan dengan tuan punya tanah sama ada di UPM atau Perbadanan Putrajaya, maka bolehlah kita umumkan keputusan berkenaan iaitu dalam tempoh beberapa bulan akan datang," katanya ketika diminta mengulas perkara itu selepas majlis pengumuman Larian Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, di sini hari ini.
Khairy sebelum ini dilaporkan berkata KBS bercadang membina sebuah stadium ragbi kekal bagi menghargai kejayaan Malaysia menjuarai Divisyen Satu Kejohanan Ragbi Asia di Bukit Kiara, tahun lepas.Skuad negara ketika ini menjalani latihan sama ada di Padang UPM dan Padang Kelab Cobra di Petaling Jaya.
Dalam perkembangan sama, Khairy memaklumkan pihaknya sedang mengadakan rundingan agar Akademi Ragbi Antarabangsa New Zealand (IRANZ) membuka cawangan di Malaysia selain mewujudkan kerjasama antara juara dunia, All Blacks dari New Zealand dan KRM.
"Banyak perkara yang kita sedang usahakan selain daripada isu stadium dan kita akan terus usahakan bersama KRM supaya segala perancangan yang saya kemukakan ini akan menjadi kenyataan terutamanya kerjasama dengan IRANZ," jelas Khairy.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qM3Dib
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Putrajaya, UPM pilihan lokasi stadium ragbi kekal - Khairy
Anda sedang baca artikel Putrajaya, UPM pilihan lokasi stadium ragbi kekal - Khairy dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/putrajaya-upm-pilihan-lokasi-stadium.html
0 Response to "Putrajaya, UPM pilihan lokasi stadium ragbi kekal - Khairy"
Catat Ulasan