Loading...

Kedah Catat Peningkatan Kes Demam Denggi

Loading...
Kedah Catat Peningkatan Kes Demam Denggi - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kedah Catat Peningkatan Kes Demam Denggi, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kedah Catat Peningkatan Kes Demam Denggi
link : Kedah Catat Peningkatan Kes Demam Denggi

Baca juga


Kedah Catat Peningkatan Kes Demam Denggi

ALOR SETAR – Kedah mencatat peningkatan 88.3 peratus kes demam denggi atau 629 kes bagi tempoh 1 Jan hingga 20 Mei lepas, berbanding 295 kes yang direkodkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata terdapat dua kes kematian akibat denggi berbanding satu kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Katanya sembilan daerah didapati menunjukkan peningkatan kes berbanding tempoh yang sama tahun lalu iaitu Kuala Muda (261 kes berbanding 134 kes), Kulim (157 berbanding 51), Baling (63 berbanding 60) dan Kubang Pasu (41 berbanding 16).

Daerah lain ialah Kota Setar (31 berbanding 29), Sik (23 berbanding 5), Langkawi (20 berbanding 9), Padang Terap (11 berbanding 2) dan Bandar Baharu dengan 11 kes berbanding tujuh kes tahun lepas.

“Dua daerah yang menunjukkan penurunan kes ialah Pendang dengan tujuh kes berbanding 14 kes dan Yan dengan empat kes berbanding tujuh kes tahun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata terdapat 13 lokaliti wabak denggi yang masih aktif di daerah Kuala Muda iaitu di Taman Kempas, Taman Ria Jaya Zon 1, Kampung Huma, Taman Berangan, Taman Sri Pinang, Taman Keladi Zon A, Taman Arked, Taman Ria II, Kampung Pengkalan Lebai Man, Taman Ria Jaya Zon H, Taman Sri Tanjung, Taman Kelisa Ria dan Taman Arked.

Di daerah Kulim pula terdapat dua lokaliti wabak denggi aktif iaitu di Taman Kangkong 1 dan Taman Makmur, manakala satu lokaliti wabak dikesan di daerah Kubang Pasu yang masih dalam keadaan terkawal dan dijangka tamat dalam masa terdekat.

Sementara itu, Dr Norhizan berkata dari 1 Jan hingga 20 Mei tahun ini, sebanyak 154 kes melibatkan penyakit Chikungunya yang melibatkan empat daerah telah dicatatkan iaitu di Kuala Muda (80 kes), Baling (72 kes) serta Kulim dan Kubang Pasu masing-masing dengan satu kes.

Dr Norhizan berkata dalam tempoh itu, pihaknya melaksanakan tindakan pencegahan dan kawalan demam denggi dengan melakukan pemeriksaan pembiakan aedes di 207,069 premis dan mendapati terdapat 4,249 premis mempunyai pembiakan jentik-jentik.

“Kami mengeluarkan 2,164 kompaun berjumlah RM1,082,000 di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975, dan 385 notis bagi arahan kerja pembersihan dan pemusnahan tempat berpotensi menjadi tempat pembiakan aedes,” katanya.

Beliau berkata pihaknya juga melakukan semburan untuk membunuh nyamuk aedes di 236,733 premis di seluruh Kedah dan 45,176 premis diletakkan ubat pembunuh jentik-jentik.

“Keadaan cuaca tidak menentu boleh meningkatkan risiko penularan demam denggi dan Chikungunya, jadi masyarakat diminta supaya sentiasa memastikan kediaman mereka bebas daripada tempat pembiakan Aedes dengan memusnahkan tempat pembiakan aedes bagi mengatasi kes denggi di negeri ini,” katanya. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qni9Jc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Kedah Catat Peningkatan Kes Demam Denggi

Itulah artikel Kedah Catat Peningkatan Kes Demam Denggi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kedah Catat Peningkatan Kes Demam Denggi dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/kedah-catat-peningkatan-kes-demam-denggi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kedah Catat Peningkatan Kes Demam Denggi"

Catat Ulasan

Loading...