Tajuk : VAT69, UTK Kawal Keselamatan Sukan SEA
link : VAT69, UTK Kawal Keselamatan Sukan SEA
VAT69, UTK Kawal Keselamatan Sukan SEA
KUALA LUMPURl – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menempatkan anggota secukupnya di setiap lokasi kejohanan Sukan SEA Ke-29, Ogos ini termasuk anggota Unit Tindakan Khas (UTK) dan Komander 69 (Vat 69).
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh berkata selain itu pihaknya turut menempatkan anggota Unit Pemusnah Bom (UPB), Pasukan Gerakan Udara (PGU), Pasukan Gerakan Am (PGA), Unit Anjing Pengesan (K9), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan juga anggota tugas-tugas am.
“Polis akan meletakkan anggota secukupnya di setiap lokasi Sukan SEA untuk menghadapi sebarang insiden,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Latihamal Ex-Op Rimau di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini hari ini.
Seramai 350 anggota PDRM daripada pelbagai unit menjalani latihan itu dan ia akan diteruskan di tiga lagi lokasi iaitu Masjid KLCC, Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan Langkawi dan Taman Endurance Antarabangsa Lembah Bidong, Terengganu.
Menurut Amar Singh, latihan itu turut membabitkan Angkatan Pertahanan Awam (APAM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta lain-lain agensi yang berkaitan penganjuran temasya itu.
“Latihan hari ini terdiri daripada beberapa senario utama seperti ancaman bom, runtuhan bangunan dan ancaman individu memiliki senjata berbahaya bagi memastikan kesiapsiagaan anggota.
“Ia bertujuan melatih anggota menghadapi sebarang krisis dan ancaman keselamatan yang mungkin berlaku sepanjang penganjuran Sukan Sea, menguji keberkesanan perancangan dan tindakan polis serta uji peranan komander-komander Briget sebagai ketua Pasukan Tindakan Krisis (CRT),” katanya.
Sukan SEA ke-29 menyaksikan Kuala Lumpur selaku tuan rumah, bakal menerima kunjungan atlet dari 10 negara ASEAN yang akan bertanding dalam 405 acara daripada 38 jenis sukan. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qSxS6F
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article VAT69, UTK Kawal Keselamatan Sukan SEA
Anda sedang baca artikel VAT69, UTK Kawal Keselamatan Sukan SEA dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/vat69-utk-kawal-keselamatan-sukan-sea.html
0 Response to "VAT69, UTK Kawal Keselamatan Sukan SEA"
Catat Ulasan