Loading...
Tajuk : Kelebihan Membaca AlQuran dibulan Ramadhan
link : Kelebihan Membaca AlQuran dibulan Ramadhan
Kelebihan Membaca AlQuran dibulan Ramadhan
Kelebihan Membaca Al Quran Dalam Bulan Ramadhan.
Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:
"Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan yang menjadi kemegahan umatku ialah al-Quran yang mulia."
Kita dikehendaki membaca ,mendalami dan menghayati isi kandungan al-Quran kerana ia diturunkan bukan untuk dijadikan perhiasan sahaja. Membaca al-Quran dikira sebagai berzikir dan zikir al-Quran lebih afdal dan utama daripada zikir-zikir yan lain. Oleh itu membaca al-Quran adalah sebagai ibadat tetapi tidaklah melebihi daripada ibadat-ibadat yang wajib.
RAsulullah s.a.w telah bersabda bermaksud :
" Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Quranul Karim (ibadat yang bukan wajib)bahawa sebaik-baik amalan umatku ialah membaca al-Quran
Al-Quran juga merupakan satu hidangan dari Allah. Sabda Rasulullah lagi bermaksud:
" Sesungguhnya al-Quran ini ialah hidangan Allah S.W.T, maka hendaklah kamu terima hidangan ALlah sebanyak mana yang kamu boleh"
Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarnya. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud :
Daripada Ibnu Umar r.a berkata " Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.
Pahala membaca al-Quran
Dari Ibn Mas'ud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
" Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tidap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan 'Alif Lam Mim ' satu hurf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf"
Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah bersabda:
" Sesiapa yang membaca al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam, tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai"
Kesimpulan
1. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran dengan berwuduk (diluar solat) = 1 kebajikan =10 pahala
2. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran (dalam solat) = 100 kebajikan = 100 x 10 = 1000 pahala
3. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran (ketika berpuasa) =Cuba kira sendiri ...
Sumber: http://ift.tt/2qmLBix
✍ Sumber Pautan : ☕ Islam Itu Indah
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qRUhB4
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Kelebihan Membaca AlQuran dibulan Ramadhan
Itulah artikel Kelebihan Membaca AlQuran dibulan Ramadhan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Kelebihan Membaca AlQuran dibulan Ramadhan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/kelebihan-membaca-alquran-dibulan.html
0 Response to "Kelebihan Membaca AlQuran dibulan Ramadhan"
Catat Ulasan