Loading...

Kerajaan Johor Kaji Pelan Rasionalisasi Buruh

Loading...
Kerajaan Johor Kaji Pelan Rasionalisasi Buruh - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kerajaan Johor Kaji Pelan Rasionalisasi Buruh, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kerajaan Johor Kaji Pelan Rasionalisasi Buruh
link : Kerajaan Johor Kaji Pelan Rasionalisasi Buruh

Baca juga


Kerajaan Johor Kaji Pelan Rasionalisasi Buruh

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri sedang menjalankan kajian Pelan Rasionalisasi Buruh bertujuan mengkaji keperluan sebenar pekerja asing di negeri ini sebelum dibentangkan tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia negeri R. Vidyananthan berkata pelan itu juga bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing serta mengatasi masalah kebanjiran buruh asing.

Katanya,pelan itu akan menjadi dasar kerajaan negeri dan banyak peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor dapat ditawarkan kepada pekerja tempatan.

“Kita telah memulakan kajian dengan dua makmal dilaksanakan yang mana kita memanggil agensi-agensi kerajaan, pihak-pihak berkepentingan serta peserta industri di negeri ini.

Kita lihat sekarang ini banyak pengambilan pekerja asing dalam sektor pembuatan yang kita akan hadkan dan kita akan senarai pendekkan industri yang hanya boleh mengambil pekerja tempatan,” kata beliau selepas melancarkan Program Masyarakat India Berkemahiran di sini hari ini.

Turut hadir Pengurus Besar Unit Swadaya Insan Negeri Datuk Jaafar Mohamad dan Pengarah Urusan Pusat Pembangunan Tenaga Industri Johor Ja’apar Samat.

Vidyananthan berkata menerusi pelan itu, pihak majikan harus memberi insentif sepatutnya bagi menarik pekerja tempatan bekerja di negeri ini.

Menurut beliau, pihak majikan harus bersama-sama menjayakan pelan itu dengan memberi tawaran gaji yang bersesuaian dan setimpal selain kemudahan dan kebajikan pekerja.

“Kita tidak mahu melakukan tindakan terburu-buru, pelan itu kita akan pastikan memberikan situasi menang-menang kepada semua pihak termasuk kerajaan negeri, majikan dan pekerja,” katanya. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qYYPnN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Kerajaan Johor Kaji Pelan Rasionalisasi Buruh

Itulah artikel Kerajaan Johor Kaji Pelan Rasionalisasi Buruh Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kerajaan Johor Kaji Pelan Rasionalisasi Buruh dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/kerajaan-johor-kaji-pelan-rasionalisasi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kerajaan Johor Kaji Pelan Rasionalisasi Buruh"

Catat Ulasan

Loading...