Loading...
Tajuk : Kongres Nasional Ke-12: KEADILAN fokus menang PRU-14
link : Kongres Nasional Ke-12: KEADILAN fokus menang PRU-14
Kongres Nasional Ke-12: KEADILAN fokus menang PRU-14
KEADILAN DAILY
Menurut Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Kongres kali ini mengangkat tema ‘Menuju Pilihanraya Umum ke-14’ di mana fokus utama parti itu adalah untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.
“Kongres tahunan KEADILAN kali ini akan mengangkat satu sahaja tema iaitu persediaan dan persiapan parti menghadapi pilihan raya.
“Jadi tema kali ini adalah ‘Menuju Pilihanraya Umum ke-14,” ujarnya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya.
Pada sidang media itu juga, Pengarah Komunikasi, Fahmi Fadzil turut memperkenalkan logo rasmi Kongres KEADILAN ke-12.
Dijangka seramai 2,167 perwakilan dan 2,000 pemerhati dari seluruh negara turut hadir.
Kongres bermula jam 9 pagi hingga 6 petang itu turut diselitkan dengan acara majlis makan malam bagi meraikan perwakilan dan pemerhati.
Sementara itu, pada 20 Mei 2017 akan berlangsung Kongres Tahunan Angkatan Muda KEADILAN bertempat di IDCC, Shah Alam manakala Kongres Tahunan Wanita pula di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya.
Perasmian Kongres AMK dan Wanita akan disempurnakan oleh Timbalan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Thus Article Kongres Nasional Ke-12: KEADILAN fokus menang PRU-14
Itulah artikel Kongres Nasional Ke-12: KEADILAN fokus menang PRU-14 Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Kongres Nasional Ke-12: KEADILAN fokus menang PRU-14 dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/kongres-nasional-ke-12-keadilan-fokus.html
0 Response to "Kongres Nasional Ke-12: KEADILAN fokus menang PRU-14"
Catat Ulasan