Loading...

Saya beri jaminan berundur lepas urusan selesai di Kelantan - Penyelia DUN PKR

Loading...
Saya beri jaminan berundur lepas urusan selesai di Kelantan - Penyelia DUN PKR - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Saya beri jaminan berundur lepas urusan selesai di Kelantan - Penyelia DUN PKR, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Saya beri jaminan berundur lepas urusan selesai di Kelantan - Penyelia DUN PKR
link : Saya beri jaminan berundur lepas urusan selesai di Kelantan - Penyelia DUN PKR

Baca juga


Saya beri jaminan berundur lepas urusan selesai di Kelantan - Penyelia DUN PKR

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Penyelia DUN Kuala Balah, Dr Hafidz Rizal Amran memberi jaminan akan berundur daripada jawatan itu selepas menyelesaikan urusan pentadbiran di kerajaan PAS Kelantan.
 
Malah beliau juga menganggap tempoh diberikan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepada pemimpin PKR berstatus lantikan politik termasuk Penyelia DUN dan Penyelia Parlimen untuk meletakkan jawatan sebagai boleh dipatuhi.
 
"Saya sebagai penyelia masih menjalankan tugas satunya yang perlu kita tahu adalah demi rakyat untuk menyelesaikan peruntukan-peruntukan yang melalui saya perlu saya beri kepada rakyat.
 
"Rakyat di akar umbi sengsara kalau pentadbiran ini menjadi kucar-kacir," katanya kepada Antarapos.
 
Hafidz Rizal menambah tumpuan kini diberikan untuk membantu rakyat di kawasan Kuala Balah melalui peruntukan yang diberikan.
 
"Buat masa sekarang kita masih lagi menyokong dasar-dasar kerajaan dalam hal membantu rakyat termiskin.
 
"Itu jelas dalam hal membantu rakyat termiskin dan juga membantu orang susah atau orang kurang upaya ini kita menyokong dasar ini kerana dasar ini sama dengan dasar parti kita," katanya.
 
Kata beliau, perkara yang tidak berkaitan dengan keperluan rakyat buat masa ini akan diketepikan.
 
"Tetapi hal-hal berkenaan isu negeri dan sebagainya contohnya yang ditimbulkan Amanah kes Lembah Binjai atau orang Asli itu perlu dibincangkan dengan lebih lagi supaya mendapat penyelesaian dan pada masa sama tidak membebankan rakyat," katanya.
 
Pada 16 Mei lalu, Wan Azizah mengarahkan semua lantikan politik di Kelantan melepaskan jawatan serta-merta susulan tindakan PAS memutuskan kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan PKR. 
 
Untuk rekod seramai 75 lantikan politik PKR berkhidmat dalam pentadbiran Kelantan termasuk Penyelia DUN dan Penyelia Parlimen.
 
Penyelia DUN PKR yang dilantik sebelum ini ialah di Paloh, Nenggiri dan Kuala Balah manakala bagi Parlimen pula mereka dilantik di Machang, Ketereh dan Tanah Merah.
 
PKR juga memenangi DUN Guchil pada pilihan raya umun lepas melalui Mohd Ruslan Putih.
 
Mengulas lanjut Mohd Hafidz yang juga Ketua AMK Kelantan berkata PKR peringkat nasional setuju memberi kelonggaran wakil parti di Kelantan menyelesaikan tugas di setiap jabatan, sebelum melepaskan jawatan.
 
"Ini melibatkan peruntukan yang perlu dituntut, tuntutan itu melalui urusan pentadbiran kerajaan negeri iaitu melalui pejabat tanah.
 
"Setelah hal ini dibincangkan dengan presiden melalui Pengerusi PKR Kelantan Abd Aziz Kadir maka menjadi sesuatu yang munasabah untuk presiden memberi kelonggaran kepada penyelia-penyelia untuk menyelesaikan urusan pentadbiran dan juga tuntuan-tuntutan mereka," katanya.
 
 


Thus Article Saya beri jaminan berundur lepas urusan selesai di Kelantan - Penyelia DUN PKR

Itulah artikel Saya beri jaminan berundur lepas urusan selesai di Kelantan - Penyelia DUN PKR Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Saya beri jaminan berundur lepas urusan selesai di Kelantan - Penyelia DUN PKR dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/saya-beri-jaminan-berundur-lepas-urusan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Saya beri jaminan berundur lepas urusan selesai di Kelantan - Penyelia DUN PKR"

Catat Ulasan

Loading...