Loading...
Tajuk : Lagi Macau Scam tumpas
link : Lagi Macau Scam tumpas
Lagi Macau Scam tumpas
JABATAN Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Melaka menahan 26 individu termasuk seorang lelaki tempatan disyaki terbabit dengan penipuan Macau Scam dalam serbuan di rumah di Ayer Keroh, Jumaat lalu.
Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Ruslan Hassan berkata, serbuan 1.50 tengah hari itu dilakukan hasil aduan dan risikan dilakukan pasukan JSJK berhubung aktiviti berkenaan.
Katanya, dengan tertangkapnya kesemua suspek pihaknya percaya dapat menyelesaikan 100 kes masing-masing 48 kes tahun lalu dan 52 kes sehingga April tahun ini.
"Hasil serbuan itu kita menahan 25 warga asing masing-masing 21 warga China termasuk 12 wanita dan empat warga Taiwan (seorang wanita) berusia antara 18 hingga 51 tahun.
"Turut ditahan dalam serbuan itu seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun dipercayai bertindak sebagai penghantar makanan dan melakukan urusan luar kumpulan sindiket berkenaan," katanya.
Ruslan berkata, hasil siasatan awal dilakukan kumpulan itu dipercayai sudah tiga bulan beroperasi di negeri ini.
"Rumah sewa berkenaan bukan sahaja menjadi pusat talian malah tempat penginapan untuk suspek menjalankan aktiviti penipuan.
"Semakan dilakukan juga mendapati mereka masuk ke negara ini secara sah sebagai pelawat dan kesemua mereka kini direman empat hari sehingga esk," katanya.
Menurutnya, antara yang dirampas dalam serbuan termasuk 16 telefon talian tetap, 21 telefon bimbit, dua komputer riba dan wang tunai berjumlah RM2, 100.-HMetro
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rN23NH
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Lagi Macau Scam tumpas
Itulah artikel Lagi Macau Scam tumpas Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Lagi Macau Scam tumpas dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/lagi-macau-scam-tumpas.html
0 Response to "Lagi Macau Scam tumpas"
Catat Ulasan