Loading...
Tajuk : Macron Bertemu Putin
link : Macron Bertemu Putin
Macron Bertemu Putin
PARIS: Presiden baharu Perancis, Emmanel Macron akan menerima kunjungan rakan sejawatannya dari Russia, Vladmir Putin hari ini selepas berikrar untuk bertegas dalam isu Ukraine dan Syria.
Macron, 39, berkata, adalah penting berunding dengan Russia kerana ada banyak isu tidak dapat diselesaikan.
"Adalah penting berbincang dengan Russia kerana terlalu banyak isu antarabangsa yang tidak dapat diselesaikan tanpa bertukar maklumat dengan Russia," katanya ketika hadir sidang kemuncak G7 di Sicily yang berakhir Sabtu lalu.
Pertemuan pemimpin haluan sederhana itu dengan Putin, 64, mengakhiri diplomasi tidak tentu termasuk rundingan G7 serta sidang kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) minggu lalu di Brussels.
Beliau memberitahu akhbar mingguan Perancis, dirinya tidak 'terganggu' dengan pemimpin yang 'berfikir mengikut pegangan kuasa', memetik Putin sebagai contoh bersama Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.
Namun Macron, yang menjadi presiden termuda Perancis hanya tiga minggu lalu berkata, beliau tidak percaya dengan 'diplomasi cacian awam namun lebih kepada dialog dua hala.'
Sebagai calon, Macron pernah mengecam Russia, menuduhnya mengikuti satu 'strategi hibrid menggabungkan ugutan tentera dan satu perang maklumat.'
Sejak awal perang di Ukraine pada 2014, Russia menunjukkan kekuatan dengan siri perang permainan membabitkan puluhan ribu tentera di kawasan bersempadan negara Baltik NATO. -AFP
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qtKsqg
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Macron Bertemu Putin
Itulah artikel Macron Bertemu Putin Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Macron Bertemu Putin dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/macron-bertemu-putin.html
0 Response to "Macron Bertemu Putin"
Catat Ulasan