Loading...

MSI Memperkenalkan Komputer AIO MSI Pro 20EX

Loading...
MSI Memperkenalkan Komputer AIO MSI Pro 20EX - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk MSI Memperkenalkan Komputer AIO MSI Pro 20EX, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : MSI Memperkenalkan Komputer AIO MSI Pro 20EX
link : MSI Memperkenalkan Komputer AIO MSI Pro 20EX

Baca juga


MSI Memperkenalkan Komputer AIO MSI Pro 20EX

Sungguhpun MSI mungkin lebih dikenali ramai atas fokus mereka terhadap kelengkapan memfokuskan permainan, mereka masih menghasilkan komputer riba dan desktop untuk kegunaan harian mahupun untuk pejabat. Pada acara Computex, mereka telah menampilkan komputer semua-dalam-satu (All-in-one / AIO) iaitu MSI Pro 20EX.

Dari segi rekabentuk, MSI Pro 20EX hadir dengan tapak yang elegan dan kerangka paparan bagaikan bingkai gambar. Ia turut menyertakan kamera hadapan untuk tujuan perbualan video secara langsung Sebagai AIO, ia turut hadir dengan papan kekunci dan tetikus yang berpadanan dan hadir dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan putih.

Bagi spesifikasi komputer AIO ini, ia menyertakan cip pemprosesan Intel Core i5 generasi ke-7 dengan dua slot RAM yang mampu menyokong sehingga 32GB. Untuk tujuan storan, ia turut menyokong 1 x M.2 SSD dan pemacu cakera keras bersaiz 2.5-inci. Ia mempunyai kebanyakan sambungan yang diperlukan seperti HDMI, COM, VGA, LAN, dan mempunyai pembaca kad serta menyokong USB-C.

Salah satu perkara yang tampak janggal pada masa kini adalah pemacu cakera DVD yang hadir pada bahagian kanan peranti ini. Pemacu cakera DVD boleh dikatakan sudah mulai pupus dan tidak ramai lagi yang menggunakannya. Dengan pemacu yang ada ini pengguna boleh membaca kandungan didalam DVD, dan menjadikan ianya sesuai sebagai komputer di tempat pameran.

Antara ciri-ciri lain yang terdapat pada komputer ini adalah komponennya mempunyai gred Military Class 4, dimana pada gred sebegini, ia menjamin penggunaan yang stabil dan menjimatkan tenaga. Selain dari itu ia mempunyai teknologi Anti Flicker & teknologi pengurangan Blue Light bagi membolehkan pengguna menggunakan komputer untuk satu tempoh yang lama, tanpa menimbulkan kerengsaan pada mata.

Seperti produk MSI yang lain diperkenalkan di Computex, buat masa ini tidak terdapat sebarang maklumat mengenai harganya, dan juga kesediaannya di pasaran tempatan. Bahkan spesifikasi akhirnya kemungkinan bergantung kepada pasaran yang bakal menawarkan komputer ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rDaKKW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article MSI Memperkenalkan Komputer AIO MSI Pro 20EX

Itulah artikel MSI Memperkenalkan Komputer AIO MSI Pro 20EX Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel MSI Memperkenalkan Komputer AIO MSI Pro 20EX dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/msi-memperkenalkan-komputer-aio-msi-pro.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MSI Memperkenalkan Komputer AIO MSI Pro 20EX"

Catat Ulasan

Loading...