Loading...

Nelayan Asing 'Hidup' Hasil Transaksi Ceroboh Perairan Negara

Loading...
Nelayan Asing 'Hidup' Hasil Transaksi Ceroboh Perairan Negara - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Nelayan Asing 'Hidup' Hasil Transaksi Ceroboh Perairan Negara, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Nelayan Asing 'Hidup' Hasil Transaksi Ceroboh Perairan Negara
link : Nelayan Asing 'Hidup' Hasil Transaksi Ceroboh Perairan Negara

Baca juga


Nelayan Asing 'Hidup' Hasil Transaksi Ceroboh Perairan Negara



KOTA TINGGI: Nelayan bot asing dipercayai mengadakan transaksi di tengah laut yang membolehkan mereka hidup berbulan-bulan lamanya sehingga berupaya menceroboh perairan negara sekali gus mengaut keuntungan daripada hasil laut negara.

Ketua Operasi Penguatkuasaan Bahagian Perlindungan Sumber Jabatan Perikanan Malaysia Osman Mohamed berkata pihaknya percaya kebanyakan nelayan asing yang terdiri daripada warga Vietnam itu, melalui laluan dari pantai timur dan bergerak sehingga ke selatan iaitu perairan di Johor dan Pahang, yang kaya dengan hasil laut.

"Mereka ada di laut selama tiga hingga empat bulan. Kita percaya mereka ada transaksi di laut, ada kapal induk yang datang mengambil hasil (serta bekalan) ke sini, (selepas itu, kesemua hasil) dihantar ke Thailand.

"Sebab itu mereka (nelayan asing ini) tidak balik, mereka akan dapat bekalan dan mereka akan kekal di sini (berdekatan perairan kita) dan mereka akan sembunyi jika nampak penguat kuasa," katanya kepada pemberita di Pangkalan Kecil Perlindungan Sumber, Jabatan Perikanan Malaysia di Tanjung Sedili, dekat sini, Rabu.

Menurut Osman, tindakan nelayan asing yang berani menceroboh perairan negara bagi mengaut hasil laut dikhuatiri bukan sahaja menjejaskan pendapatan nelayan tempatan tetapi juga dipercayai boleh menjadi punca kerosakan terumbu karang kerana jauh memasuki kawasan yang tidak dibenarkan untuk laut dalam.

Ini memandangkan Jabatan Perikanan turut menerima laporan daripada nelayan tempatan bahawa nelayan asing ini turut menceroboh perairan negara sehampir enam batu nautika dari pantai, meskipun mereka ini kebanyakannya nelayan laut dalam serta menggunakan pukat yang tidak dibenarkan dalam negara.

"Kawasan permainan mereka ini bermula enam batu sehingga hampir 40 batu nautika dari pantai. Macam contoh kes kita tangkap ini, mereka menggunakan tunda tangguk yang mana kita tiada beri lesen di Malaysia.

Tujuannya untuk mengambil gamat yang berada di dasar laut dan berhampiran Taman Laut," katanya.

Semalam, seramai 22 nelayan asing warga Vietnam ditahan serta tiga bot dan hasil tangkapan laut bernilai RM5 juta turut dirampas.

Osman berkata dua bot asing tersebut ditahan masing-masing di kedudukan 43 batu nautika dan 12.8 batu nautika dari Tanjung Sedili Besar pada 7.30 pagi dan 8.15 pagi sementara satu bot tempatan ditahan di kedudukan 9.2 batu nautika dari Pulau Berhala, Nanasi, Pahang, pada pukul 10.30 pagi.

Kesemua mereka yang ditahan berusia antara 19 hingga 45 tahun, akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi untuk dipohon reman selama seminggu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan.

Sepanjang tahun ini, Jabatan Perikanan telah menahan lima bot asing yang mencerobohi perairan negara bagi tujuan menangkap hasil laut.-- Bernama


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rSz5bL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Nelayan Asing 'Hidup' Hasil Transaksi Ceroboh Perairan Negara

Itulah artikel Nelayan Asing 'Hidup' Hasil Transaksi Ceroboh Perairan Negara Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Nelayan Asing 'Hidup' Hasil Transaksi Ceroboh Perairan Negara dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/nelayan-asing-hidup-hasil-transaksi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Nelayan Asing 'Hidup' Hasil Transaksi Ceroboh Perairan Negara"

Catat Ulasan

Loading...