Loading...
Tajuk : Pembangkang 'miskin' tagih simpati BN
link : Pembangkang 'miskin' tagih simpati BN
Pembangkang 'miskin' tagih simpati BN
BINTULU: Wakil rakyat pembangkang menagih simpati Barisan Nasional (BN) bagi menjalankan pembangunan di kawasan mereka.
Mendedahkan perkara itu, Menteri Utiliti Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom, berkata wakil rakyat terbabit memohon bantuan kewangan daripada kerajaan negeri yang dipimpin BN.
Beliau yang juga Setiausaha Agung BN Sarawak, berkata perkembangan itu jelas memperlihatkan pembangkang, khususnya DAP, semakin terdesak dalam usaha mengotakan janji ditabur mereka kepada rakyat dalam pilihan raya sebelum ini.
"Kita dimaklumkan ada enam wakil rakyat DAP bertemu Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Abang Openg, baru-baru ini untuk mendapatkan peruntukan bagi Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.
"Ia jelas membuktikan politik diterajui mereka selama kni hanya 'omong kosong' tanpa memiliki keupayaan kewangan yang utuh bagi melaksanakan agenda pembangunan untuk kawasan dan rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis penyerahan cek MRP bagi kawasan DUN Kemena, di sini.
"Mungkin rakyat, khususnya pengundi tidak mengetahuinya tetapi inilah yang sebenarnya berlaku.
"Tidak mungkin pembangkang mampu menjayakan pembangunan dirancangkan tanpa bantuan kerajaan negeri dikuasai BN.
"Namun, susah tentu Ketua Menteri atas kapasitinya sebagai Pengerusi BN Sarawak perlu meneliti terlebih dahulu permintaan pembangkang sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya," katanya.-BHOnline
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qUumcv
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Pembangkang 'miskin' tagih simpati BN
Itulah artikel Pembangkang 'miskin' tagih simpati BN Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Pembangkang 'miskin' tagih simpati BN dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/pembangkang-miskin-tagih-simpati-bn.html
0 Response to "Pembangkang 'miskin' tagih simpati BN"
Catat Ulasan