Loading...

Pendaki Malaysia dimasukkan ke wad di Hospital Kathmandu

Loading...
Pendaki Malaysia dimasukkan ke wad di Hospital Kathmandu - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pendaki Malaysia dimasukkan ke wad di Hospital Kathmandu, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pendaki Malaysia dimasukkan ke wad di Hospital Kathmandu
link : Pendaki Malaysia dimasukkan ke wad di Hospital Kathmandu

Baca juga


Pendaki Malaysia dimasukkan ke wad di Hospital Kathmandu

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR:  Pendaki tertua Malaysia, James Lee Chong Meng, yang sedang dalam misi untuk menakluk puncak Everest, diterbangkan dengan helikopter dalam pemindahan kecemasan ke sebuah hospital di Kathmandu, Nepal, setelah mengalami sakit dada yang teruk.
 
Semalam, beliau sepatutnya mendaki ke Camp 3 dan seterusnya ke kemuncak gunung tertinggi dunia itu dari Camp 4.
 
"Beliau dimasukkan ke wad dan diberi rawatan perubatan. Beliau kini semakin pulih dan mungkin dibenarkan keluar tidak lama lagi," menurut kenyataan daripada penganjur ekspedisi itu hari ini.
 
Menurut kenyataan itu, Chong Meng, 69, mengalami sakit dada dan kesukaran bernafas, ketika berada di Camp 2 pada Khamis.
 
"Beliau mengalami sesak nafas dan terpaksa menggunakan oksigen pada waktu malam ketika tidur," menurut kenyataan itu.
 
Sakit dada beliau semakin buruk pada keesokan harinya dan beliau tidak dapat berbaring untuk tidur disebabkan kesakitan pada perut.
 
Dalam percubaannya untuk mendaki Gunung Everest pada Mei tahun lepas, beliau terpaksa membatalkan pendakian itu pada peringkat akhir di Camp 3 pada ketinggian 7,200m, berikutan cuaca buruk.
 
Gunung Everest adalah gunung tertinggi dunia, dengan ketinggian 8,848m.
 
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) adalah rakan media misi berkenaan, yang dikenali sebagai Ekspedisi Gunung Everest (MEE) Lion 2017, anjuran Lions Club Port Dickson Pantai.
 
Lee membawa dua mesej penting iaitu untuk memberi inspirasi kepada masyarakat di setiap peringkat umur supaya memanfaatkan kesihatan yang baik untuk terus aktif, dan menarik perhatian terhadap perlunya memelihara alam sekitar.



Thus Article Pendaki Malaysia dimasukkan ke wad di Hospital Kathmandu

Itulah artikel Pendaki Malaysia dimasukkan ke wad di Hospital Kathmandu Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pendaki Malaysia dimasukkan ke wad di Hospital Kathmandu dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/pendaki-malaysia-dimasukkan-ke-wad-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pendaki Malaysia dimasukkan ke wad di Hospital Kathmandu"

Catat Ulasan

Loading...