Loading...

Air mata Wan Azizah menitis di kongres PKR

Loading...
Air mata Wan Azizah menitis di kongres PKR - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Air mata Wan Azizah menitis di kongres PKR, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Air mata Wan Azizah menitis di kongres PKR
link : Air mata Wan Azizah menitis di kongres PKR

Baca juga


Air mata Wan Azizah menitis di kongres PKR


KONGRES PKR- Air mata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini berjuraian sebaik sahaja memulakan ucapan dasar presiden di Kongres Nasional Tahunan PKR ke 12, di Shah Alam.

Presiden PKR ketika mengalu-alukan kehadiran tetamu kehormat dan perwakilan tiba-tiba begitu sebak dengan menyatakan beliau hanya manusia biasa.

"Saya hanya manusia biasa, kasih sayang, kesetiaan, kesabaran dan ketaqwaan, semua itu dituntut.

"Mungkin diuji lebih sedikit dari tuan puan, namun dengan semangat dan sokongan tuan puan saya masih berdiri disini," kata ketua pembangkang itu sambil mengelap air matanya.

Terdahulu, kongres PKR hari ini dimulakan dengan ucapan Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution dan disusuli dengan tayangan video kehidupan, perjuangan dan ketabahan pimpinan utama PKR.

Tayangan video tersebut berdurasi selama dua minit.

Namun, meskipun sebak anggota Parlimen Permatang Pauh itu tetap meneruskan ucapan dasarnya dengan menyentuh pertembungan sebenar pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang adalah antara Pakatan Harapan (HARAPAN) dengan Umno dan BN.

Tanpa menamakan parti PAS, ADUN Kajang itu berkata, hanya gabungan utuh parti-parti pembangkang dapat mencabar keangkuhan pemerintah kleptokrat yang belum pernah ditumbangkan.

"Kita sudahpun berjaya menempa pelbagai kejayaan bersama Pakatan Rakyat. Formula kejayaan ini akan diulangi Harapan," katanya ketika berucap di Kongres Nasional Tahunan PKR ke-12 di Dewan Raja Muda Musa, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Azizah yang juga merupakan Ketua Pembangkang berkata, HARAPAN akan ke seluruh pelosok negara melalui "Jelajah Hati ke Hati" untuk mendengar suara, pandangan dan rintihan rakyat Malaysia.

"Pemimpin dari keempat-empat parti akan menjelajah ke Felda, kampung nelayan, pekan kecil, rumah kecil, rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR), sawah padi, tanah-tanah adat serta wilayah pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak.

"Dengan jelajah Hati ke Hati ke seluruh pelosok Malaysia, kami yakin boleh menawarkan manifesto HARAPAN yang lebih lengkap dan demi rakyat secara berperingkat-peringkat mulai bulan Julai," katanya.

Wan Azizah berkata, manifesto HARAPAN kini sedang disiapkan oleh Jawatankuasa Manifesto dan Dasar Harapan yang dipimpin oleh Ketua Sekretariatnya Datuk Saifuddin Abdullah.

"5 Teras Utama Manifesto Harapan yang dicadangkan oleh PKR merangkumi agenda reformasi sektor ekonomi, institusi politik, sosial, kebajikan, sektor pekerjaan, autonomi Sabah-Sarawak dan perpaduan rakyat Malaysia," kata Wan Azizah.

Mengakhiri ucapan dasar presiden perwakilan sekali lagi ditontonkan dengan tayangan video Ketua Umum PKR, Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim.

Mendengar kata-kata keramat bekas ketua pembangkang untuk terus bangkit berjuang, perwakilan bangun dan mengangkat sepanduk Anwar PM ke 7 sambil melaungkang "reformasi".

Bagaimanapun, ketika barisan kepimpinan HARAPAN turut berdiri mengangkat sepanduk tersebut, ia tidak berlaku kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusinya, Tun Mahathir Mohamad.

Malah, mengakhiri ucapan dasar sekali gus merasmikan kongres Wan Azizah sekali lagi menitiskan air matanya.




Thus Article Air mata Wan Azizah menitis di kongres PKR

Itulah artikel Air mata Wan Azizah menitis di kongres PKR Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Air mata Wan Azizah menitis di kongres PKR dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/air-mata-wan-azizah-menitis-di-kongres_21.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Air mata Wan Azizah menitis di kongres PKR"

Catat Ulasan

Loading...