Loading...

Penjaja Bazar Perlu Perbaiki Tahap Kebersihan

Loading...
Penjaja Bazar Perlu Perbaiki Tahap Kebersihan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Penjaja Bazar Perlu Perbaiki Tahap Kebersihan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Penjaja Bazar Perlu Perbaiki Tahap Kebersihan
link : Penjaja Bazar Perlu Perbaiki Tahap Kebersihan

Baca juga


Penjaja Bazar Perlu Perbaiki Tahap Kebersihan

KUALA LUMPUR – Penjagaan dan kualiti kebersihan makanan di bazar-bazar Ramadan di sekitar ibu kota masih perlu diperbaiki dan dipertingkatkan bagi mengelakkan isu pencemaran dan keracunan makanan daripada berlaku.

Pengarah Eksekutif Pembangunan dan Sosio Ekonomi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Ibrahim Yusoff berkata walaupun kesedaran dalam menjaga kebersihan makanan sudah wujud dalam kalangan penjaja, namun jumlah sampel makanan tercemar yang diambil masih mencatatkan jumlah yang tinggi.

“Pada tahun 2015, daripada 1,005 sampel makanan yang diambil, sebanyak 346 sampel atau 34.4 peratus didapati gagal menepati standard kebersihan makanan manakala pada tahun 2016, 229 (38.8 peratus) daripada 590 sampel makanan juga tercemar.

“Penjaja yang didapati melanggar standard ini akan dikenakan notis kompaun dan disenaraihitamkan oleh Jabatan Pelesenan dan Penjaja DBKL selain dilarang untuk berniaga di mana-mana bazar Ramadan pada tahun akan datang,” katanya ketika berucap pada Program Keselamatan Makanan Bazar Ramadan 2017, di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL, Dr Norhayati Abdullah serta Timbalan Pengarah Kesihatan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Sazali Harun.

Ibrahim berkata sepanjang tahun lepas, sebanyak 50 notis kompaun dikeluarkan kepada penjaja yang gagal menyediakan makanan bersih manakala sebanyak 59 notis kompaun dikeluarkan menerusi aktiviti pemantauan sanitasi di gerai-gerai bazar Ramadan.

“Tahun ini, sebanyak 840 sampel makanan akan diambil dari 14 tapak bazar Ramadan utama di Kuala Lumpur dan juga melibatkan pemeriksaan dari aspek sanitasi ke atas penjaja dan gerai mereka,” katanya.

Antara standard kebersihan yang ditetapkan oleh Unit Keselamatan Makanan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL ialah mendapatkan suntikan anti tifoid, memakai apron, sarung tangan dan topi semasa menjual makanan serta menyediakan penyepit untuk mengambil makanan.

Sementara itu, Dr Norhayati berkata jabatannya menyasarkan penurunan sebanyak 20 peratus dalam keseluruhan jumlah sampel makanan tercemar pada tahun ini.

Beliau turut menggesa para pelanggan di bazar Ramadan agar segera menegur penjaja makanan yang tidak mengamalkan pengurusan pembersihan yang baik seperti berpakaian kotor, persekitaran tercemar dan sebagainya.

“Pelanggan juga harus menjaga kebersihan ketika membeli makanan khususnya tidak terus memegang makanan yang dihidangkan tanpa menggunakan senduk atau penyepit kerana tangan kita berisiko menyebarkan pelbagai jenis bakteria terhadap makanan,” katanya. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r47c2S

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Penjaja Bazar Perlu Perbaiki Tahap Kebersihan

Itulah artikel Penjaja Bazar Perlu Perbaiki Tahap Kebersihan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Penjaja Bazar Perlu Perbaiki Tahap Kebersihan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/penjaja-bazar-perlu-perbaiki-tahap.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Penjaja Bazar Perlu Perbaiki Tahap Kebersihan"

Catat Ulasan

Loading...