Tajuk : Perbanyakkan Sedekah Di Bulan Ramadan – Najib
link : Perbanyakkan Sedekah Di Bulan Ramadan – Najib
Perbanyakkan Sedekah Di Bulan Ramadan – Najib
KUALA LUMPUR – Di samping menjalani ibadah berpuasa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak umat Islam di negara ini untuk memperbanyakkan sedekah dan membantu golongan kurang bernasib baik di bulan Ramadan
Najib berkata beliau percaya pemberian walaupun kecil amat bermakna buat penerima dan mampu membawa kegembiraan kepada mereka untuk dikongsi bersama keluarga.
“Setiap kali bulan Ramadan tiba, sudah tentu ramai yang akan melipatgandakan amalan sedekah kepada mereka yang memerlukan sama ada dalam bentuk makanan, pakaian atau wang bantuan selain memanjatkan kesyukuran ke atas rahmat yang dikurniakan Allah.
“Ada juga dalam kalangan kita yang kurang bernasib baik. Oleh itu, marilah kita yang mampu menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Sedekahlah setakat apa yang kita mampu, walau sekadar buah kurma,” katanya dalam catatan bertajuk Amalan Sedekah Dalam Ramadan yang dimuat naik di laman www.najibrazak.com hari ini.
Perdana menteri berkata galakan bersedekah serta jaminan ganjarannya telah disebut dalam al-Quran.
Menurut Najib, amalan sedekah bukan sahaja digalakkan dalam Islam malah sangat berkait dengan adat masyarakat Malaysia yang tidak lokek memberi buah tangan atau bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.
“Insya-Allah, usaha dan amalan kita akan terus diberkati Allah,” katanya. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r401aP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Perbanyakkan Sedekah Di Bulan Ramadan – Najib
Anda sedang baca artikel Perbanyakkan Sedekah Di Bulan Ramadan – Najib dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/perbanyakkan-sedekah-di-bulan-ramadan.html
0 Response to "Perbanyakkan Sedekah Di Bulan Ramadan – Najib"
Catat Ulasan