Tajuk : PPZ-MAIWP Seru Umat Islam Segera Bayar Zakat
link : PPZ-MAIWP Seru Umat Islam Segera Bayar Zakat
PPZ-MAIWP Seru Umat Islam Segera Bayar Zakat
KUALA LUMPUR – Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) meminta umat Islam yang layak membayar zakat agar menyegerakan pelaksanaan Rukun Islam ketiga itu.
Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP Mohd Rais Alias berkata sikap suka berlengah perlu dielakkan kerana ia akan membuatkan seseorang individu itu terlupa untuk menunaikan kewajipan berzakat sama ada zakat harta atau fitrah.
“Dengan slogan ‘Jom Berzakat’ marilah kita sama-sama menunaikan kewajipan segera. Elak ‘berhutang’ dengan Allah. Amalan suka berlengah akan membuatkan kita alpa,” katanya pada sidang media pengumuman perkhidmatan PPZ-MAIWP, di sini hari ini.
Bagi menggalakkan pembayaran zakat segera, Mohd Rais berkata pihaknya menawarkan 20 baucer tunai barangan elektrik bernilai RM250 setiap satu kepada pembayar zakat dalam talian yang bertuah.
Katanya, mereka boleh merebut peluang dengan membayar zakat menerusi www.zakat.com.my yang beroperasi 24 jam sehari.
Selain itu Mohd Rais berkata, pembayar zakat menerusi www.cimbclicks.com juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai bernilai RM10,000 yang ditawarkan kepada 17 pembayar zakat bertuah.
“Hadiah ini merupakan tajaan CIMB Islamic Bank Bhd bermula 27 Mei hingga 25 Julai ini,” katanya.
Menurutnya, sebanyak 11 kaunter PPZ-MAIWP dibuka setiap hari seawal 8.15 pagi hingga 4.30 petang sepanjang Ramadan termasuk cuti umum iaitu lapan di Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, dua (WP Putrajaya) dan satu (WP Labuan).
“Antara khidmat yang kita tawarkan adalah taksiran zakat, khidmat nasihat berkaitan zakat, pengiraan zakat secara manual, semakan pembayaran zakat dan pengiraan zakat emas,” katanya.
Katanya 10,000 pembayar zakat terawal di kaunter berkenaan berpeluang menerima buku bertajuk ‘Ramadan Menyinari Harta dan Jiwa’ tulisan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.- BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rbqeTu
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article PPZ-MAIWP Seru Umat Islam Segera Bayar Zakat
Anda sedang baca artikel PPZ-MAIWP Seru Umat Islam Segera Bayar Zakat dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/ppz-maiwp-seru-umat-islam-segera-bayar.html
0 Response to "PPZ-MAIWP Seru Umat Islam Segera Bayar Zakat"
Catat Ulasan