Tajuk : Salah Ke Zara Zya Bercakap Pasal Mati Pucuk?
link : Salah Ke Zara Zya Bercakap Pasal Mati Pucuk?
Salah Ke Zara Zya Bercakap Pasal Mati Pucuk?
SEMALAM pihak Mynewshub memuat naik sebuah video pendek dari artis terkenal, Zara Zya.
Dalam video itu, Zara bercerita mengenai permasalahan kesihatan lelaki yakni berkaitan isu mati pucuk dan kanser prostat.
Mungkin ada sebahagian pengguna media sosial yang tidak sempat memahami apa yang cuba disampaikan oleh artis berkenaan telah bertindak melulu mempersoalkan mengapa Zara perlu bercakap topik seumpama itu.
Ok… untuk pengetahuan, apa yang Zara cakap itu adalah fakta yang amat penting untuk kesihatan lelaki.
Walaupun datang pada mulut seorang wanita, namun asas isu itu yang sebenarnya penting untuk diberikan perhatian semua pihak.
Tidak salah pun seorang wanita bercakap pasal isu demikian sebab setiap lelaki normal, pasangan mereka adalah wanita.
Andai lelaki menderita masalah seperti mati pucuk, pasangan mereka pun akan merasai tempiasnya.
Isu kesihatan lelaki bukan eksklusif kepada lelaki tetapi kesannya dirasai banyak pihak.
Kanser prostat umpamnya boleh mengakibatkan kehilangan nyawa dan apabila ditakdirkan terjadi demikian, anak-anak akan kehilangan kasih sayang bapa dan isteri kehilangan kasih sayang suami.
Justeru, kalau pun yang bercakap itu Zara Zya, yang penting adalah apa mesej yang hendak disampaikan.
Alang-alang dah sampai sini, cuba baca beberapa fakta yang penting mengenai dua isu kesihatan lelaki yang terpenting.
MATI PUCUK (ERECTILE DYSFUNCTION)
Pengenalan
Definisi: Ketidakupayaan dalam memperolehi dan mengekalkan ketegangan yang cukup lama untuk mencapai kepuasan hubungan seks.
Statistik
– 1 daripada 4 lelaki yang berumur bawah 40 tahun mengalami masalah mati pucuk (ED) – (sumber: Capogrosso P; et al Journal of sexual medicine, 2013:7: 1833–1841)
– 16% daripada populasi lelaki di Malaysia dalam lingkungan umur 40 hingga 70 tahun mengalami masalah mati pucuk (ED) – (sumber : Safarinejad et al, urology journal ; 2004: 3, 133-147,)
– 7 daripada 10 lelaki Malaysia umur lebih 40 tahun mengalami masalah mati pucuk (ED) (Sumber :Khoo et al, journal of sexual medicine, 2008: 12, 2925–2934,)
– Kesimpulannya, peningkatan sebanyak 6% setahun dikalangan lelaki berumur 40 tahun ke atas di Malaysia mengalami mati pucuk (ED)
Sebab-sebab mati pucuk:
– Masalah perubatan seperti diabetes mellitus dan tekanan darah tinggi yang boleh menyempitkan saluran darah (arteriosclerosis). Hubungkait ED dengan penyakit kardiovaskular adalah tinggi ( Montorsi F. et al. Eur Urol 2003;44:360-5)
– Mati pucuk juga berkaitan dengan tabiat merokok, minum alkohol, stres, kegemukan (obesiti) dan kurang aktiviti fizikal
– Penyakit mental seperti kemurungan dan kebimbangan
– Kecederaan pada otak dan saraf tunjang
– Masalah hormon seperti kekurangan paras testosterone yang rendah
– Kegagalan hati dan buah pinggang
– Penyakit Parkinson
– Angin ahmar
– Komplikasi pembedahan kelenjar prostat atau pundi kencing (jarang berlaku)
– Kesan sampingan ubat-ubatan
Simptom/ Tanda-tanda:
– Ketidakupayaan untuk memperolehi dan mengekalkan ketegangan
– Ketegangan tidak mencukupi untuk penetrasi dalam hubungan seks
– Ketidakupayaan dalam mengekalkan ketegangan selepas penetrasi untuk mencapai kepuasan hubungan seks
Komplikasi
– Kemurungan
– Kebimbangan semasa hubungan
– Masalah perkahwinan
– Rasa rendah diri
– Kualiti hidup rendah / kurang
– Rawatan
Rawatan Bukan Ubat
– Mengamalkan cara hidup sihat boleh membantu sesetengah lelaki dalam masalah ini seperti:
– Berhenti Merokok
– Mengurangkan berat badan yang berlebihan
– Meningkatkan aktiviti fizikal
– Masalah mati pucuk akan bertambah baik jika penyakit diabetes atau tekanan darah tinggi terkawal.
– Pengurusan stres
Rawatan Ubat-ubatan
– Ubat-ubatan boleh didapati untuk mengubati mati pucuk dalam bentuk pil dan suntikan. Dalam keadaan di mana ubat tidak berkesan atau tidak boleh digunakan, alat vakum khas dan pembedahan implan mungkin berguna. (Anda perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan kaedah-kaedah rawatan tersebut)
Pencegahan
– Berhenti Merokok dan pengambilan alcohol
– Pengawalan penyakit darah tinggi dan diabetes secara optima
– Cara hidup yang sihat
Rehabilitasi
– Pengendalian stres
Sekiranya anda mengalami masalah mati pucuk, sila berjumpa dengan Doktor di klinik atau hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan.
“ANDA SIHAT, PASANGAN BAHAGIA ”
#BPKK #KKM #SihatBaruMacho
-MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qyn3YM
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Salah Ke Zara Zya Bercakap Pasal Mati Pucuk?
Anda sedang baca artikel Salah Ke Zara Zya Bercakap Pasal Mati Pucuk? dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/salah-ke-zara-zya-bercakap-pasal-mati.html
0 Response to "Salah Ke Zara Zya Bercakap Pasal Mati Pucuk?"
Catat Ulasan