Loading...

SMK Pekan Nabalu Akan Dibina Di Tapak Baharu

Loading...
SMK Pekan Nabalu Akan Dibina Di Tapak Baharu - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk SMK Pekan Nabalu Akan Dibina Di Tapak Baharu, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : SMK Pekan Nabalu Akan Dibina Di Tapak Baharu
link : SMK Pekan Nabalu Akan Dibina Di Tapak Baharu

Baca juga


SMK Pekan Nabalu Akan Dibina Di Tapak Baharu

TUARAN – Sebuah sekolah menengah kebangsaan (SMK) akan dibina berdekatan kaki Gunung Kinabalu di daerah ini bagi menggantikan SMK Pekan Nabalu yang terpaksa dihentikan pembinaannya atas faktor keselamatan.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata satu tapak baharu telah dikenal pasti tidak jauh dari tapak asal selepas Jabatan Mineral dan Geosains mengisytiharkan tapak asal itu, yang terletak di lereng bukit berdekatan kaki Gunung Kinabalu, tidak selamat.

“Kementerian akan membina SMK ini di Kampung Giok bersebelahan Sekolah Kebangsaan (SK) Giok selepas lulus semua kajian dan ujian, termasuk dari segi keselamatan bentuk muka buminya.

“Buat masa sekarang, kami (kementerian) sedang dalam proses penyerahan tanah adat oleh lima pemilik (daripada 15 pemilik) di Kampung Giok kepada kerajaan sebelum kita boleh teruskan dengan rekaan sekolah dan kos yang diperlukan.

“Nama untuk SMK ini juga akan ditentukan kemudian,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak asal dan baharu sekolah itu di sini hari ini.

Mahdzir berkata tapak baharu itu meliputi kira-kira 9.3 hektar dan akan menampung keperluan murid-murid di 15 SK di sekitar.

Menurutnya, projek pembinaan sekolah di tapak asal, yang meliputi lebih lapan hektar itu, bermula pada 2012 dan terpaksa dihentikan pada 2014 dengan kira-kira 20 peratus daripada kos RM35 juta telah dibelanjakan.

Terdahulu, Mahdzir melawat SK Mengkabong dekat sini yang menjadi sekolah perintis Pembelajaran Sains Secara Inkuiri (IBSE).

Menurutnya, program itu yang dijalankan dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bertujuan untuk pembelajaran sains dengan mudah dan menarik minat murid dengan guru-guru dilatih di sebuah institusi di Perancis.

Sementara itu, Menteri MOSTI Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, yang juga anggota Parlimen kawasan Tuaran, berharap pembinaan SMK baharu itu dapat dimulakan dan disiapkan secepat mungkin, sekali gus menyelesaikan masalah ketiadaan sebuah sekolah menengah di kawasan berkenaan.

“Tanpa sebuah sekolah menengah di kawasan ini akan membebankan murid yang tamat sekolah rendah untuk mencari sekolah menengah berdekatan untuk meneruskan persekolahan,” katanya. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rWZiXl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article SMK Pekan Nabalu Akan Dibina Di Tapak Baharu

Itulah artikel SMK Pekan Nabalu Akan Dibina Di Tapak Baharu Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel SMK Pekan Nabalu Akan Dibina Di Tapak Baharu dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/smk-pekan-nabalu-akan-dibina-di-tapak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "SMK Pekan Nabalu Akan Dibina Di Tapak Baharu"

Catat Ulasan

Loading...